Iklan

Jan 3, 2010

Angin, Sekolah dan Perasaan

Salam sejahtera...

Malam tahun baru lepas, bulan mengambang penuh dan gerhana separa sekitar jam 2 pagi. Langit cerah tapi bulan dilindungi awan nipis yg berserakan. Jam 12 tengahmalam ketika kedengaran bunyi bunga api menyambut tahun baru, bulan langsung sudah tidak kelihatan. Ketika enak dibuai mimpi sekitar 4 pagi, hujan turun mencurah-curah menambahkan kenikmatan tidur seterusnya menyukarkan untuk bangun pagi. Dan hujan terus membawa ke pagi, tengahari dan petang...

Hari pertama setiap tahun adalah hari sibuk sedunia. Well, tipu sebab orang lain tak sibuk malah enjoying their holiday sambil memeluk bantal peluk berselimut, balik kampung nenek atau tokwan atau opah sambil menikmati hijaunya alam dikampung, atau bercuti ke serata pelusuk alam. Tambahan pula cuti 1st day of the year tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Satu kerugian lagi bagi rakyat Terengganu sebab cuti ini tidak akan dianjak kemana-mana. :D

Hari sibuk sedunia pada saya kerana 1st day of the year for every year (selagi ada 1hb. Januari dalam kalendar) adalah hari jadi kesayangan kemanjaan saya. Eh..eh.. dah besar rupanya anak kecil saya ini. Sudah masuk darjah 2 tahun ini walaupun pada usia 7 tahun. Hari itu hujan all day long. Hajat untuk bermain dengan basikal baru terbantut sehingga semalam baru dapat kayuh basikal. Seronok sungguh rasa angin menyerbu muka.

Cuaca mulai mendung dan berangin masuk sahaja ke tahun baru. Keadaan biasa sebelum tahun baru cina. Angin kuat dan hujan sedikit-sedikit. Kalau masa kecil-kecil dulu, musim ini adalah musim menangkap pepatung untuk dijadikan umpan mengail ikan di baruh. Pepatung tidak boleh terbang tinggi sebab angin yang kencang. Jadi, peluang untuk menangkap pepatung samada dengan ranting kayu atau plastik yg diikatkan dihujung ranting kayu adalah sangat cerah. Adakalanya pepatung dibakar dan dimakan sebagai ubat kencing malam. Saya pernah makan walaupun saya bukannya jenis yg kencing malam. Tak rasa apa sebab kecil sangat dan hangus! Hehe..

Hari ini hari pertama persekolahan di sini. Aisya masuk darjah 2 di sekolah yg sama, yg tidak berapa disukai saya itu. But i have no choice. Bangunan sekolah yg sedang dalam pembinaan di kawasan sekolah dengan bilangan pelajar yg ramai. Hoarding yg menghalang laluan pelajar dan menyediakan laluan yg sangat terhad dan sempit untuk ke kelas. Construction period yg mestinya paling cepat setahun setengah baru siap dengan preliminaries work yg seperti baru nak mula padahal macam dah lama jer contract start. And of course bila dah start structural work, bising! Aduhh..camner anak saya nak belajar tu!

Hari ini juga hari pertama bekerja dalam tahun 2010. Perasaan untuk bekerja langsung tidak ada. Pergi kerja pagi, tengahari pulang untuk menghantar Aisya ke sekolah dan petang terus melekat di rumah. Sungguh, saya sudah terasa kebosanan dengan bidang ini. Saya sudah tidak ada passion lagi. Saya hanya menyiapkan tugasan saya dengan separuh hati, dengan alasan asalkan siap sudah. Semangat saya sungguh-sungguh sudah berkubur. Dan saya sedang mencari semangat baru.

Kalaulah ada dijual di mana-mana semangat itu, saya mahu pergi sekarang.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...