Bismillahirrahmanirrahim...
Jumaat lepas, kenalan dekat menjemput saya dan emak ke rumah mereka untuk menyertai majlis membaca Yassin. Ianya bertujuan bagi menjauhkan benda-benda atau gangguan sambil berdoa supaya dipermudahkan urusannya yg kebetulan akan ke IJN minggu ini. Dia mempunyai masalah dengan injab jantungnya selepas melahirkan anaknya yg bongsu. Walaupun masalah itu seperti yg saya dengar tidak teruk, tetapi siapalah kita untuk menilai kesakitan orang, kan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.
Oh ya, ini kali pertama saya menghadiri majlis yg sebegini di kawasan saya. Beberapa bulan yg lalu saya telah terlepas utk menyertai majlis membaca Yassin utk arwah emak saudara yg diadakan hanya di sebelah rumah. Rumah sepupu iaitu anak kepada arwah emak saudara. Kebetulan saya ada urusan yg perlu diselesaikan dibandar, dan saya terus terlupa tentang majlis itu. Sesampainya sahaja saya di rumah petang itu, lauk gulai ayam kampung sudah menanti di bawah tudung saji.
Jadinya tidak mustahillah utk pertama kali ini saya sedikit segan. Tambahan lagi saya sgt jarang menghadirkan utk majlis2 sebegini selain kenduri kahwin, dan ianya pula dikampung jiran yg kebykkan penduduk saya tidak kenal. Saya tgk ramai orang2 tua berbanding yg seusia saya. Tak tahulah kalau saya saja yg perasan muda lagi! Dengan gelang emas berselirat di pergelangan tangan, masing2 nampak agak bergaya utk sebuah majlis sebegini. Malah, saya sempat mendengar seseorang berkata sesama mereka,'Tak nampak macam sakitpun tuan rumah ini' (merujuk kepada 'pesakit').
Memang. Dia nampak sihat dan segar bugar. Saya sendiri terkejut bila melihat dia beberapa hari sebelum itu ketika dia duduk2 bersembang di beranda dapur rumah emaknya. Saya ingatkan dia lemah tidak bermaya memandangkan dari percakapan2 org dan org2 yg menziarah seperti dia sakit kuat. Saya harap, orang kampung tidak membawa mulut yg dia sakit kuat sebab bukankah kata2 itu suatu doa? Seperti yg saya sebut tadi, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.
Saya berharap dia tidak terlalu risau. Adakalanya, perasaan kita sendiri yg menyebabkan kita sakit. Terlalu runsing, banyak berfikir, semuanya boleh mengundang lebih byk masalah sebenrnya.
Seperti itulah projek kolam renang saya yg sedang berhadapan dibawah perhatian pihak tertentu, yg bijak pandai semestinya dan berpangkat tinggi2 belaka. Sehinggakan bagaimana kami mengecat kekuda bumbung yg tinggi pun menjadi suatu permasalah besar kepada mereka, sedangkan kami disini sudah siap pun menyelesaikan kerja2 tersebut. Aduhai manusia..
No comments:
Post a Comment