Iklan

Jan 23, 2010

Ayah dan Pulau Redang

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Tadi ayah call dari Pulau Redang. Kedengarannya, sungguh gembira sekali. Sungguh, mengenali ayah, kami sekeluarga sedia maklum ayah susah untuk call ke rumah sekiranya ke mana-mana. Paling tidak, kita yg kena call ayah dulu bertanya dah sampai belum, jam berapa sampai, tinggal di mana, dah makan, atau apa2 sahaja soalan. Tapi tidak untuk kali ini.

Kegembiraannya sejak dari rumah lagi. Sejak mendapat ajakan dari kawannya untuk ke Pulau Redang. Bukan untuk berjalan2 semata, tetapi kerana dengarnya untuk memasang signboard. Sambil menyelam, minum air. Kecil tapak tangan, nyiru ayah tadahkan.

Sempat ayah bercerita betapa hampir mabuk laut juga ketika sejam di atas bot dalam perjalanan. Ombak beralun agak kuat ketika di tengah2 laut. Hampir ke pulau, baru tenang jadinya. Ayah baru sudah makan tadi. Ayah bercerita bukan main lagi. Tentang pulau yg cantik, makan minum yg di'sponsor' oleh klien (tokey kawan ayahlah kot), surau, pasir, dan macam-macam lagi. Kedengaran gembira sungguh, mungkin sebab pulau yg cantik barangkali.

Hishh.. saya pun rasa meronta2 nak pergi jugak ni. Bilalah agaknya yer...


Gambar from google image.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...