Iklan

Jan 4, 2010

Batuk, antara klinik dan madu

Salam sejahtera...

Saya perasan sejak akhir-akhir ini batuk saya sering berulang. Sekejap dah reda, kemudian bila cuaca sejuk sebab hujan dan angin, batuk itu pulang kembali. Saya dah suruh dia pergi, dia tetap balik semula. Eh.. apa nih? T___T

Saya adalah seorang perempuan (eh..takkan tetiba jadi lelaki lak!) yg bencikan ubat batuk. Pada pendapat saya, ubat batuk klinik terutamanya yg pekat, hitam dan manis itu bukan ubat batuk. Eh.. apa saya taip nih? Macamana lak ubat batuk bukan ubat batuk. Entah la labu. Tapi saya masih ingat, pernah masa kecil saya lari masuk bilik bila mak nak suapkan ubat batuk yg botol merah tu. Cap aper ntah, yg ada tulisan cina tu. Cap ibu dan anak ke apa, saya dah lupa. Sejak itulah, keluarga saya sudah nampak potensi saya sebagai seorang yg tegar untuk tidak minum ubat batuk. Hahaha...

Sampailah saya dah besar panjang nih (i mean dah dewasa lah!), biasanya kalau dah mula rasa gatal-gatal dan sakit tekak, saya cepat-cepat cari air asam jawa. Tak pun, buat sendiri. Kalau dah mula batuk, saya minum jer madu campur air limau nipis atau lemon. Sedap dan mujarab sungguh. Tak perlu lagi ubat batuk yg sememangnya membazirkan duit saya sahaja itu. Sebotol minum pun belum tentu hilang batuk. Aisya pun saya dah ajar tak minum ubat batuk. Madu asli dan lemon jus sudah mengcukupi.

Tapi, madu dah tak der nih! Ubat batuk Hurix ada. Supaya tidak terjaga akibat sejuk dan batuk tengah-tengah sedap tidur nanti, terpaksa la dipaksa tekak ini menerima 2 sudu besar ubat batuk itu. Duhhh.. kat mana la plak saya nak cari madu asli ni yer..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...