Iklan

Jan 28, 2010

I like surfing cooking website and try new recipe

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya ni hantu sebenarnya. Hantu majalah. Every month, saya mesti membeli sekurang2nya sebuah majalah. Kalau In-Trend, memang hampir setiap bulanlah. Kecuali bila saya baca highlights kat cover dan tiada satupun yg menarik minat saya, saya tidak akan beli. Tapi, ianya jarang berlaku. Saya rasa last year, saya meninggalkan 1 atau 2 keluaran sahaja. Kalau bukan majalah itu, majalah lain mesti saya capai dan bayar of cos. Kalau capai dan terus bawa keluar kedai, karang kena sound lak dgn tokey kedai. Buat malu jer. Hehe... Saya mesti beli juga sebab majalah(s) adalah peneman tidur saya yg setia. Ianya tidak akan mengecewakan saya kalau bab mengulit saya di tempat tidur.

One of the magazine yg selalu menarik minat saya ialah majalah masakan. Samada ianya majalah Rasa atau Saji, kalau dirasakan resepinya menarik, saya tidak teragak2 utk membeli. Oh ya, yg ini sejak dulu. Turun temurun dari kakak saya lagi. Banyak sungguh buku resepi dirumah, termasuk resepi2 yg dipotong dari majalah2 hiburan (yg diselitkan resepi artis) atau dari suratkhabar misalnya. Dipotong dan ditampal pula dalam buku tebal seperti buat scrath book plak. Itu dulu2, masa internet belum glamour lagi disini.

Sekarang? Google jer resepi apa yg dikehendaki. Ataupun cari video kat YouTube. Berlambak2 pilihan ada. But of course, hasilnya mengikut air tangan kita juga. Menggunakan resepi yg sama, mungkin rasanya berbeza mengikut si tukang masak juga.



Gambar di atas hasil yg ke berapa ntah daripada resepi dari YouTube. Dah buat acap kali sebab sangat menjadi dan sedap. Hiasan pula bersempena hari jadi Aisya yg ke-7 idea daripada diri sendiri dan happyhomebaking.blogspot.com (tang gula2 M&M kat tengah2 tu!). Yg lain, terpaksa di adjust mengikut kreativiti sendiri dan keadaan semasa. Maksud saya, seperti chocolate bar di tepi kek tak perlu sebab kami sekeluarga kurang sikit makan chocolate bar seperti itu. Yg keputihan seperti kelapa parut itu, adalah white chocolate dalam pelbagai bentuk yg diparut2 setelah lama sungguh tidak terusik di dalam peti ais. To the side of the cake, saya gantikan dengan koko crunch Aisya yg tidak habis dimakan.

Mudah, kan. :D

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...