Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Selalu aku biasa sahaja. Bulan kelahiran bukannya bulan yang penting sangat. Ianya sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain. Bezanya cuma satu, Aisya akan beria-ria bertanya tarikh kelahiran aku, untuk mengingatkan diri dia sendiri. Selalunya, dia akan buat kad. Itu sahaja.
Yang lain-lain adalah biasa sebab aku bukannya rajin sangat hendak melayan orang berniaga. SMS masuk agak banyak dengan tawaran diskaun disana sini sempena bulan kelahiran. The Body Shop tawar 25% diskaun, Penny Pang Optometrics juga tawar diskaun yang tak tahu berapa peratus. Mydin Mall dan Watson nak bagi point lebih kalau berbelanja dengan sekian-sekian amaun. Herbaline tawar potongan sebanyak umur yang dicapai daripada harga asal. Satu pun aku tak kisah. Sebab aku sedia maklum, mesti ada terms and conditions yang kadang-kadang buat kita berbelanja lebih.
Bulan ini untuk tahun ini adalah bulan sakit. Tak, bukan aku yang sakit. Poket boss yang sakit, dan ianya memberi kesan kepada pejabat aku. Sebenarnya, bagi kami di syarikat kecil ini, kesan ini baru terasa. Almaklumlah, kami disini hanya ada beberapa orang sahaja. Overhead tidak terlalu tinggi. Sedang beberapa syarikat arkitek dan jurutera yang kami bekerjasama, semenjak awal tahun lagi sudah merasa peritnya. Ada gaji dibayar separuh-separuh, ada gaji yang tertunggak beberapa bulan, boss jual pejabat yang disewakan lepas satu, satu. Malah sampai juga ke telinga aku cerita seorang isteri menyerang boss suaminya yang seorang engineer kerana sudah 3 bulan suaminya tidak dibayar gaji. Mana lagi hendak mengadu kalau rumah yang baru diduduki perlu dibayar, kereta juga, lampin dan susu anak-anak lagi.
Aku belum sampai ke tahan itu. In sya allah, aku berdoa sungguh supaya rezeki untuk kami di pejabat ini masih ada. Kerja masih sangat banyak, dan projek-projek yang aku jaga masih berjalan. Tapi duit, sangat perlahan. Macam kata seorang kawan arkitek, boss-boss kita kat mana sangat hendak berhutang. Orang kerja kerajaan, tak perlu risau. Boss-boss mereka pun dibayar gaji dan elaun, tanpa perlu fikir kat mana nak cekau duit. Huh!
Dalam keadaan begini (ekonomi yang teruk!), aku tiba-tiba terfikir banyak benda. Sungguhlah, baru aku sedar, aku sebelum ini tak pernah risau pasal duit. Bukan sebab duit senang, tapi sebab aku hidup hanya seadanya. Orang kata, ukur baju dibadan sendiri. Aku tak rasa aku bermewah sebab aku bukan jenis yang begitu. Makan malam diluar, jarang sangat sebab kat Terengganu ni tak banyak pilihan untuk makan diluar. Setakat nasi goreng atau tomyam atau ikan bakar, kadangkala yang dibuat sendiri lebih sedap. Berjalan-jalan dihujung minggu, aku selalunya tak sempat sangat sebab masa aku akan dihabiskan dengan mengemas rumah, berus bilik air, masak-masak, menonton movie beramai-ramai di tv, berkebun sesekali, basuh kereta kalau rajin, dan macam-macam. Membeli barang dapur, aku bawa mak dan adik membeli belah selalunya sebulan sekali, dan kami akan bayar sedikit seorang. Misalnya RM300, seorang bayar RM100.
Membeli pakaian? Oh... seperti makanan juga, pakaian pun tak banyak pilihan di Terengganu ini. Kalau aku, memang aku tak tahu nak tuju ke mana untuk beli blause yang cantik-cantik. Baik pula aku sekadar jenguk monitor, window shopping secara online. Lagi banyak pilihan dan cantik pula.Cuma aku tak berani sangat beli online sebab kekadang baju yang dibeli tak selesa dipakai.
Semalam seorang kawan menegur di fb, bercerita kesusahan di pejabatnya yang merupakan kontraktor kelas A, tapi dah agak lama tak ada projek baru. Dia berpesan kalau ada kekosongan jawatan kerani di mana-mana tolong maklumkan pada dia. Boss dia sekarang sudah membayar gaji per hari dan meminta hanya seorang sahaja yang berkerja dalam seminggu. Nampaknya keperitan ini sudah semakin merebak.
Nampaknya aku kena fikirkan hal ini dengan serius. Aku tak ada suami, ada seorang anak yang sepenuhnya aku tanggung sendiri dan tahun hadapan akan masuk tingkatan satu. Mungkin ada yang kata tak perlu risau, sebab setakat ini kami masih dibayar gaji penuh. Ahh... cuba masuk dalam kasut aku, rasa sendiri kerisauannya sebelum banyak cakap!
Iklan
Oct 28, 2014
Oct 19, 2014
Bulan Kelahiran (1)
Bismillahirrahmanirrahim
Oktober
Aku tak tunggu
Aku tak hairan
tapi aku suka juga
terima ucapan
selamat hari lahir
ramai-ramai di mukabuku
walaupun mungkin
mereka hanya ingat sebab
mukabuku mengingatkan
Oktober
kad selalunya dari Aisya
hadiah pun
hanya dari dia
alhamdulillah
Oktober
aku ada kenal
dua orang tarikh lahirnya sama
13 oktober
tahunnya beza
dua-duanya lelaki
dua-duanya dipanggil man
seorang di Pulau Pinang
seorang di Terengganu
rajin, suka menolong, baik hatinya
Oktober
kali ini
bulan perit
kesan ekonomi
baru tersedar dan terasa
dan kena rancang segala
semula
Oktober
banyak hal berlaku
banyak cerita disitu
Subhanallahwalhamdulillah
Walailahaillallah Allahuakbar
Sep 30, 2014
Bateri Kereta Pecah!
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Ini cerita 28 Ogos lepas (cari tarikh kat facebook tadi). Oh.. dah sebulan rupanya. Aku dah lama nak bercerita berkenaan ini, sebagaimana panduan atau peringatan kepada semua. Malang kan tak berbau.
Assalamualaikum
Ini cerita 28 Ogos lepas (cari tarikh kat facebook tadi). Oh.. dah sebulan rupanya. Aku dah lama nak bercerita berkenaan ini, sebagaimana panduan atau peringatan kepada semua. Malang kan tak berbau.
Sebenarnya bateri kereta jenis
maintenance free jenama Yokohama yang aku pakai ni, masa kejadian tersebut
berlaku, memang sepatutnya dan dalam perancangan aku untuk tukar. Tapi,
begitulah kan, rancangan manusia macam aku ni, kejap-kejap tertangguh. Hari kerja,
malas nak keluar pejabat sebab panas. Hari minggu, pun sebab panas aku malas
nak bersiap bagai. Dari sehari ke sehari masa berlalu.
Aku main agak bilang-bilang waktu
dalam kepala otak, dah berapa lama aku pakai bateri tu, bila tiba-tiba alarm
kereta yg berbunyi tut dan tut tut bila
ditekan butang kat kunci tu, tak lagi keluarkan bunyi. Biasanya bunyi alarm tu
kan ada kaitan dengan bateri. Congak-congak pula, dah 3 tahun aku perbaharui
cukai jalan, bererti dah 4 tahun aku pakai kereta tu, dan sekali tukar bateri
dulu selepas 2 tahun. Jadi, sekarang dah
tibalah masanya untuk aku tukar bateri lagi.
Tapi, itulah.. bertangguh sangat.
Sampailah kejadian malam itu berlaku.
Aku berhenti di stesen minyak hijau
malam tu, dalam perjalanan nak ambil Aisya. Tadinya aku ke Giant sekejap
selepas hantar dia ke kelas tusyen dia. Sementara nak tunggu dia habis kelas
selama sejam setengah, aku merayap dulu. Seperti biasa, aku matikan enjin
kereta. Nak pergi bayar, tapi ada pekerja dah bersedia datang nak isi. Katanya
bayar dekat dia pun tak apa, yang semestinya buat aku senang hati sebab tak
perlu pergi ke kaunter. Hehe.. Aku tunggu dalam kereta dengan pintu kereta aku
buka sikit, tak nak bagi panas dan nak ucap terima kasih bila dah siap nanti.
Dah siap, aku ucap terima kasih
sebelum tutup pintu. Pulas kunci untuk start kereta macam biasa, dan.. POMMM!
Serentak lampu-lampu kat meter kereta pun padam. Aku keliru campur menggeletar
dah waktu tu. Aku buka pinta kereta dan keluar. Tanya kat pekerja tadi, bunyi
meletup tadi kat kereta ni atau bunyi mercun. Manalah tahu kan, sebab biasa
sangat bunyi mercun kuat-kuat gitu. Dia pun tak tahu, tapi katanya bunyi macam
dekat kereta aku. Pengurus stesen minyak tu datang dan suruh aku start. Dalam
takut dan terketar-ketar aku cuba juga. Tapi memang la tak bolehkan, lampu satu
apa pun tak nyala. Dia suruh buka bonet depan. Disebabkan stesen minyak tu agak
gelap, memang tak nampak sangat kat dalam enjin tu.
Sebenarnya stesen minyak tu, stesen
kecil sahaja. Cuma ada dua island untuk petrol dan satu island untuk diesel. Kedai
merangkap kaunter juga pejabat dan tandas, kecil sahaja kat tepi. Lampu tak
banyak sangat. Kebetulan sungguh, ada seorang student kolej vokasional yang
baik hati, yang baru pulang dari membeli hadiah kahwin untuk jiran depan
rumahnya, membonceng motor dengan kakaknya, datang membantu. Jenguk-jenguk dan
suluh-suluh dengan lampu dari handphone dia, nampaklah bateri yang dah pecah.
Patutlah ada air yang meleleh agak
banyak kat bawah. Ingatkan
minyak hitam ke apa. Sekali budak tu sentuh lelehan tu, dia dah tahu itu air.
Dialah yang tolong aku malam tu, selepas bergegas hantar kakak dia balik dulu
ke rumahnya yang tak jauh mana. Selepas menolak kereta aku ke tepi daripada kat
tepi petrol pump tu.
Jam 9.30 malam waktu tu, memang
kalut jadinya. Dah la esoknya adalah jumaat di mana semua kedai sah-sah la
tutup kan. Dia ajak aku membonceng motor dia, dan dia memecut ke Jalan Bukit
Kecil, dengan aku yang kecut perut dibelakang. Dah la tak pakai helmet. Dia
siap pesan, buat relaks jer kak! Maka berlakon la aku malam tu, buat-buat cool
hati berdentum siapa yang tahu.Kebetulan lagi kedai tayar china
yang first kitaorang Nampak, baru nak tutup kedai. Kat kedai tu, tak banyak
pilihan bateri. Ada dua jenama jer, satu Yokohama dan satu lagi berharga 300
lebih. Yokohama RM230 setelah ditolak bateri yang dah pecah dindingnya. Cash
tak cukup mana, terpaksa pakai debit card.
Sekejap sahaja, budak tu siap pasang bateri baru tu semua. Sambil tu dia bercerita la pasal dia. Dia form 5 kat kolej vokasional atau sekolah teknik, bidang air-cond sebenarnya. Tapi dia dah belajar bab enjin-enjin ni dari form 1 lagi, dan biasanya dia praktis bila baiki kereta yang rosak tepi jalan. Namanya Din dan dia siap bagi nombor telefon dia incase ada apa-apa hal, nak baiki air-cond ke misalnya.
Oh.. Aisya. Aku dah siap awal-awal call adik aku suruh ambil budak tu kat kelas tusyen dia. Adik aku sampai kat stesen minyak tu dengan aisya, aku dan setel pun dengan hal bateri kereta. Fuhh... Alhamdulillah.
Esoknya, bila aku bercerita dekat
seorang kawan, dia cakap jangan tukar dengan Yokohama. Ramai yang alami nasib
macam aku. Pecah! Aduhai… takkan aku nak tukar lagi bateri yang aku dah tukar
tu. RM230 tu! Maka, berserah sahaja la. Cukup 2 tahun, aku terus tukar tak
tunggu-tunggu lagi kali ini.
Peringatan untuk diri sendiri,
lainkali jangan bertangguh-tangguh!
Subscribe to:
Posts (Atom)