Iklan

Sep 30, 2014

Bateri Kereta Pecah!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Ini cerita 28 Ogos lepas (cari tarikh kat facebook tadi). Oh.. dah sebulan rupanya. Aku dah lama nak bercerita berkenaan ini, sebagaimana panduan atau peringatan kepada semua. Malang kan tak berbau.



Sebenarnya bateri kereta jenis maintenance free jenama Yokohama yang aku pakai ni, masa kejadian tersebut berlaku, memang sepatutnya dan dalam perancangan aku untuk tukar. Tapi, begitulah kan, rancangan manusia macam aku ni, kejap-kejap tertangguh. Hari kerja, malas nak keluar pejabat sebab panas. Hari minggu, pun sebab panas aku malas nak bersiap bagai. Dari sehari ke sehari masa berlalu.

Aku main agak bilang-bilang waktu dalam kepala otak, dah berapa lama aku pakai bateri tu, bila tiba-tiba alarm kereta  yg berbunyi tut dan tut tut bila ditekan butang kat kunci tu, tak lagi keluarkan bunyi. Biasanya bunyi alarm tu kan ada kaitan dengan bateri. Congak-congak pula, dah 3 tahun aku perbaharui cukai jalan, bererti dah 4 tahun aku pakai kereta tu, dan sekali tukar bateri dulu selepas 2 tahun.  Jadi, sekarang dah tibalah masanya untuk aku tukar bateri lagi.

Tapi, itulah.. bertangguh sangat. Sampailah kejadian malam itu berlaku.

Aku berhenti di stesen minyak hijau malam tu, dalam perjalanan nak ambil Aisya. Tadinya aku ke Giant sekejap selepas hantar dia ke kelas tusyen dia. Sementara nak tunggu dia habis kelas selama sejam setengah, aku merayap dulu. Seperti biasa, aku matikan enjin kereta. Nak pergi bayar, tapi ada pekerja dah bersedia datang nak isi. Katanya bayar dekat dia pun tak apa, yang semestinya buat aku senang hati sebab tak perlu pergi ke kaunter. Hehe.. Aku tunggu dalam kereta dengan pintu kereta aku buka sikit, tak nak bagi panas dan nak ucap terima kasih bila dah siap nanti.

Dah siap, aku ucap terima kasih sebelum tutup pintu. Pulas kunci untuk start kereta macam biasa, dan.. POMMM! Serentak lampu-lampu kat meter kereta pun padam. Aku keliru campur menggeletar dah waktu tu. Aku buka pinta kereta dan keluar. Tanya kat pekerja tadi, bunyi meletup tadi kat kereta ni atau bunyi mercun. Manalah tahu kan, sebab biasa sangat bunyi mercun kuat-kuat gitu. Dia pun tak tahu, tapi katanya bunyi macam dekat kereta aku. Pengurus stesen minyak tu datang dan suruh aku start. Dalam takut dan terketar-ketar aku cuba juga. Tapi memang la tak bolehkan, lampu satu apa pun tak nyala. Dia suruh buka bonet depan. Disebabkan stesen minyak tu agak gelap, memang tak nampak sangat kat dalam enjin tu.

Sebenarnya stesen minyak tu, stesen kecil sahaja. Cuma ada dua island untuk petrol dan satu island untuk diesel. Kedai merangkap kaunter juga pejabat dan tandas, kecil sahaja kat tepi. Lampu tak banyak sangat. Kebetulan sungguh, ada seorang student kolej vokasional yang baik hati, yang baru pulang dari membeli hadiah kahwin untuk jiran depan rumahnya, membonceng motor dengan kakaknya, datang membantu. Jenguk-jenguk dan suluh-suluh dengan lampu dari handphone dia, nampaklah bateri yang dah pecah.
Patutlah ada air yang meleleh agak banyak kat bawah. Ingatkan minyak hitam ke apa. Sekali budak tu sentuh lelehan tu, dia dah tahu itu air. Dialah yang tolong aku malam tu, selepas bergegas hantar kakak dia balik dulu ke rumahnya yang tak jauh mana. Selepas menolak kereta aku ke tepi daripada kat tepi petrol pump tu.

Jam 9.30 malam waktu tu, memang kalut jadinya. Dah la esoknya adalah jumaat di mana semua kedai sah-sah la tutup kan. Dia ajak aku membonceng motor dia, dan dia memecut ke Jalan Bukit Kecil, dengan aku yang kecut perut dibelakang. Dah la tak pakai helmet. Dia siap pesan, buat relaks jer kak! Maka berlakon la aku malam tu, buat-buat cool hati berdentum siapa yang tahu.Kebetulan lagi kedai tayar china yang first kitaorang Nampak, baru nak tutup kedai. Kat kedai tu, tak banyak pilihan bateri. Ada dua jenama jer, satu Yokohama dan satu lagi berharga 300 lebih. Yokohama RM230 setelah ditolak bateri yang dah pecah dindingnya. Cash tak cukup mana, terpaksa pakai debit card. 

Sekejap sahaja, budak tu siap pasang bateri baru tu semua. Sambil tu dia bercerita la pasal dia. Dia form 5 kat kolej vokasional atau sekolah teknik, bidang air-cond sebenarnya. Tapi dia dah belajar bab enjin-enjin ni dari form 1 lagi, dan biasanya dia praktis bila baiki kereta yang rosak tepi jalan. Namanya Din dan dia siap bagi nombor telefon dia incase ada apa-apa hal, nak baiki air-cond ke misalnya.

Oh.. Aisya. Aku dah siap awal-awal call adik aku suruh ambil budak tu kat kelas tusyen dia. Adik aku sampai kat stesen minyak tu dengan aisya, aku dan setel pun dengan hal bateri kereta. Fuhh... Alhamdulillah.

Esoknya, bila aku bercerita dekat seorang kawan, dia cakap jangan tukar dengan Yokohama. Ramai yang alami nasib macam aku. Pecah! Aduhai… takkan aku nak tukar lagi bateri yang aku dah tukar tu. RM230 tu! Maka, berserah sahaja la. Cukup 2 tahun, aku terus tukar tak tunggu-tunggu lagi kali ini.

Peringatan untuk diri sendiri, lainkali jangan bertangguh-tangguh!

8 comments:

  1. Assalamualaikum Su,
    Kak Sham dulu pun main beli je bateri kereta.. tapi gradually.. belajar la jugak sikit-sikit.
    Pengalaman Su ni pun.. kena ambik iktibar jugak.
    T.kasih Su.

    Selamat hari raya aidil adha al-mubarak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam K.sham..
      Rindunya kat k.sham. Lama tak jengah blog k.sham. Busy ngan life skit kebelakangan ni. Nanti nak ngadap! haha...

      Take care!

      Delete
  2. salam sis... saya dah tukar alamat blog. ada problem sikit. nanti singgah ye

    iniblogsal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sal...
      in sya allah. nanti senang2 akak jenguk. akhir2 ni blog sendiri pun tk jenguk sal. hehe...

      Delete
  3. Kisah benar yg menarik,yg ramai lagi tak tahu....
    Saya handle banyak kes bateri brand ni dan brand cap ayam yg meletup...biasanya lupa top up air ..
    Utk yg berada area Sepang,Cyberjaya,Putrajaya,Bangi,Kajang,Serdang...sila hubungi saya untuk bantuan segera.
    Biasanya saya charge harga bateri sahaja...delivery ,pasang ,chek alternator foc shj...
    sila layari blog saya: www.ahmadbateri.blogspot.com dah beribu orang dah dapat manfaat dari servis yg paling murah dan berbaloi ini...terimakasih

    ReplyDelete
  4. saya pernah kong tepi jalan. naik suv lak tu. chery tigo. sep bek sy ada simpan nombo dealer bateri keta ni. fb depa bateriku.com. kalau sesapa yg agak2 nak tuka, baik kol dorg ni dr pergi bengkel. murah sgt. ni haa nombo sy share kt sini. 1-800-22-2324 yg ni bebas tol. 012 245 8027 yg ni bleh kol, sms atau wasap. 100% bumiputera ni~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...