Iklan

Sep 18, 2014

Rindunya!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Bersawang juga blog ini aku tinggalkan. Lama sungguh aku rasa. Rindu nak singgah, dengan idea hendak bercerita menerawang dengan banyaknya dalam fikiran, tapi selalunya masa tu berada dalam kereta tengah memandu atau tengah mandi, memasak, layan anak-anak saudara, berkebun, etc. etc. Bila buka blog, nak menaip entri baru, fikiranku jadi kosong, kosong, kosong. Jari jemari kaku atas papan kekunci tak bergerak pun. :P


Hari ini hari kedua bekerja selepas bercuti selama seminggu. Lamanya cuti! Ya... boss pun macam tak berapa nak bagi aku cuti minggu lepas. Hahaha... Dah la ada inspection dan meeting bagai, tapi bukan aku seorang yang dibayar gaji! Ok, aku kata begitu hanya dalam hati. Lagipun tak salah bagi peluang orang lain kena marah dengan klien. Aku dah immune, klien marah aku buat tak tahu jer sambil lukis-lukis dalam organizer. Dah habis marah, baru aku angkat muka. Hahahaha.... Err, tapi tak ada dia marah aku sorang, selalunya yang menghamburkan amarah tu, dalam meeting disemburnya semua orang. Pandai-pandai la tahan telinga dan perasaan.


UPSR 2014. Memang menjadi sejarah betul. Antara mangsanya, satu-satunya anak aku. Menangis juga dia bila balik dari sekolah hari khamis lepas. Mujurlah dia budak lagi, mudah dipujuk. Malamnya aku bawa dia makan dekat luar, dan sabtu tu sebagaimana dirancang awal-awal lagi, kitaorang bertolak ke Johor, cuti-cuti kononnya selepas upsr tapi sayangnya upsr tak lepas lagi. T__T


Cuti begitu pula, dengan semua adik beradik kecuali yang bujang seorang, berkumpul dirumah abang aku di Johor, termasuk semua cucu mak 11 orang, dari umur 2 tahun hingga yang paling besar, anak aku 11 tahun, memang sangat meletihkan kami yang tua-tua ini. Budak-budak tak usah cakap la, bermain, berkejar, melompat. Macam tak tahu penat. Tapi biarlah sesekali mereka gembira begitu. Nanti aku balas dendam dengan percutian relaks aku seorang pula. Hehe...


Sekarang, sambung mengira hari untuk upsr lagi. Mujur 2 subjek sahaja. Tak adalah teruk sangat Aisya nak tumpu. Harap sungguh aku semua yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersembunyi. Sekurang-kurangnya untuk Aisya. Pada negara, memang menyedihkan perkara begitu boleh terjadi. Soalan upsr sahaja pun hendak dibocorkan, bukannya sijil upsr tu boleh digunakan untuk mohon kerja pun. Orang nak ambil kerja pun tak tengok der result upsr ko dapat berapa. Inilah yang orang kata, nak buat jahat pun, biarlah cerdik sikit.


Ok, dah lepas rindu. Nanti sambung cerita. Jaga diri!



 

4 comments:

  1. kasihan aisya..mak aisya jangan stress ye..tolong wish good luck kat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamanya tak stress.. anaknya pun dah tak stress nampaknya. kan skrg cuti sek, duk layan tv dan basikal jer dia petang2... hahaha...

      Delete
  2. Replies
    1. tak.. tak.. kalau aku nangis, lagi teruk aisya nangis. dalam hati aku aku rasa bagus jugk sebenrnya, sempt ler dia study lebih skit utk 2 subject lg tu.. hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...