Ada waktu-waktunya, aku sangat terasa manusia suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Keikhlasan seolah tiada lagi nilainya. Kejujuran juga entah kemana dicampakkan. Sedangkan ini masih di terengganu, negeri yang masih terpelihara adat dan budayanya. Dulu, aku pernah mendapat kejutan budaya di Kuala Lumpur ketika mula-mula memulakan karier di sana. Terkejut kerana keikhlasan dan kejujuran dalam setiap perbuatan tidak diperlukan dan seolah-olah langsung tidak dipandang. Terkejut kerana setiap perbuatan itu pastinya mengharapkan sebuah habuan atau balasan. Sekarang, di negeri cantik budaya menarik ini, nilai-nilai murni itu juga semakin berkurangan dalam diri setiap rakyatnya.
Dan kerana itu aku bosan.. Bosan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Bosan menanti bulan jatuh ke riba. Sedang bulan terus gah di atas sana. Memancarkan cahaya menerangi semuanya, tanpa mempedulikan aku yang kesepian...
Iklan
Mar 30, 2008
Mar 25, 2008
Rindu...
Rindu... datang tanpa diundang.. tanpa jemputan.. tiada sempadan. Tiba-tiba perasaan itu mengundang. Hari ini, aku bagitahu semua orang yang aku rindu, bahawa aku rindukan mereka. Senang sebenarnya untuk mengucapkan rindu, tapi... rasanya pahit. Bisa menitis air mata. Tapi, perasaan itu perlu diluahkan. Kerana, sekiranya dipendam..ianya pasti menjadi lebih parah...
Mar 11, 2008
2 days @ Perak
Satu-satunya bapa saudara yang masih membujang (bujang terlajak!), selamat mendirikan rumahtangga dengan orang Perak. Alhamdulillah. Semoga berbahagia ke akhir hayat, dan tidak melupakan tok wan yang keseorangan di kampung (sebelah kampung aku jer..). Tak sempat pun berjalan-jalan, kerana perjalanan yg sangat jauh! Dari tanjung malim (rumah pok abu) ke kampung pengantin dah hampir 2 jam! Dari sana balik ke terengganu, lebih dari 12 jam kerana hujan lebat (terpaksa slow kan speed..). Malam tadi, jam 11.30 baru selamat sampai ke rumah. Terkenang plak kat arwah pok ji (adik pok abu) yang meninggal dunia awal tahun lepas. Arwah tidak sempat mendirikan rumahtangga dan meninggal dalam status masih bujang pada umur 37tahun. Al-fatihah untuk arwah...
Mar 6, 2008
Kuatlah wahai hati...
Aduhai hati yang kecewa, berduka lara.. Kuatlah. Biarpun cuma secebis daripada kekuatan hati Siti Hajar r.a. yang kuatnya menanggung dugaan apabila anaknya meraung menangis kehausan di padang pasir yang gersang. Berlari-larilah Siti Hajar antara Bukit Safa dan Marwah dengan setitis harapan dapat bertemu takungan air demi anak yang dicintai. Kuatlah wahai hati, sebagaimana kuatnya Siti Hajar menanggung seksaan akan tetapi redha dengan ketetapan Ilahi apabila ditinggalkan suami tercinta di padang pasir yang kering kontang itu.
Kuatlah, dan redhalah...
Kuatlah, dan redhalah...
Mar 5, 2008
Kemana kau pergi..cinta...
kuteringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta
ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang
kekuatan hati yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta
Dania demam......
Dah 4 hari Dania demam... Biasa, kalau dia demam, tak ader la selama ini. Dia demam malam sahaja teruk, siang ok jer. Mulut pun, cam murai. Tak reti berenti bercakap. Ada ajer cerita dia. Tapi, walaupun mulut dan tubuh nampak sihat, tubuh dia panas yg teramat. Malam tadi bawak dia ke Hospital Sultanah Nurzahirah. 39.1 darjah celcius! Tapi, sebab dia nampak cergas jer, doktor bagi ubat dan suruh balik. Ubat tu, kena makan 10ml sekali makan. Banyak tu! Petang semlm, dah bawak gi jumpa tukang urut. Cam tok bomoh la lebih kurang. Dengar2 budak2 demam selalu gi jumpa dia. Tu yang aku bawak Dania tu. Tapi, cam malam2 sebelum ini, masuk maghrib ajer...suhu tubuh dia dah naik mendadak, dan dia menggeletar sejuk... Itu yang aku risau sangat tu.. Last2 bawak ke hospital. Tapi, masa tu dia tak menggeletar dah. Mulut pun, dah kembali cam murai. Pot pet, pot pet tak henti2.
Hari ini, bangun pagi... dia nampak ok skit. Mungkin, esok dah bleh pegi tadika, biarpun esok dah hari khamis. Sehari jer la minggu ni dia ke tadika nampaknya. Aku pulak yg sakit kepala, rasa nk pitam pun ada. Tapi, sempat lagi pergi site KP Perdana, sebelum masuk opis. Mama.. kena la kuat semangat, kan.
Hari ini, bangun pagi... dia nampak ok skit. Mungkin, esok dah bleh pegi tadika, biarpun esok dah hari khamis. Sehari jer la minggu ni dia ke tadika nampaknya. Aku pulak yg sakit kepala, rasa nk pitam pun ada. Tapi, sempat lagi pergi site KP Perdana, sebelum masuk opis. Mama.. kena la kuat semangat, kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)