Dah 4 hari Dania demam... Biasa, kalau dia demam, tak ader la selama ini. Dia demam malam sahaja teruk, siang ok jer. Mulut pun, cam murai. Tak reti berenti bercakap. Ada ajer cerita dia. Tapi, walaupun mulut dan tubuh nampak sihat, tubuh dia panas yg teramat. Malam tadi bawak dia ke Hospital Sultanah Nurzahirah. 39.1 darjah celcius! Tapi, sebab dia nampak cergas jer, doktor bagi ubat dan suruh balik. Ubat tu, kena makan 10ml sekali makan. Banyak tu! Petang semlm, dah bawak gi jumpa tukang urut. Cam tok bomoh la lebih kurang. Dengar2 budak2 demam selalu gi jumpa dia. Tu yang aku bawak Dania tu. Tapi, cam malam2 sebelum ini, masuk maghrib ajer...suhu tubuh dia dah naik mendadak, dan dia menggeletar sejuk... Itu yang aku risau sangat tu.. Last2 bawak ke hospital. Tapi, masa tu dia tak menggeletar dah. Mulut pun, dah kembali cam murai. Pot pet, pot pet tak henti2.
Hari ini, bangun pagi... dia nampak ok skit. Mungkin, esok dah bleh pegi tadika, biarpun esok dah hari khamis. Sehari jer la minggu ni dia ke tadika nampaknya. Aku pulak yg sakit kepala, rasa nk pitam pun ada. Tapi, sempat lagi pergi site KP Perdana, sebelum masuk opis. Mama.. kena la kuat semangat, kan.
No comments:
Post a Comment