Ada waktu-waktunya, aku sangat terasa manusia suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Keikhlasan seolah tiada lagi nilainya. Kejujuran juga entah kemana dicampakkan. Sedangkan ini masih di terengganu, negeri yang masih terpelihara adat dan budayanya. Dulu, aku pernah mendapat kejutan budaya di Kuala Lumpur ketika mula-mula memulakan karier di sana. Terkejut kerana keikhlasan dan kejujuran dalam setiap perbuatan tidak diperlukan dan seolah-olah langsung tidak dipandang. Terkejut kerana setiap perbuatan itu pastinya mengharapkan sebuah habuan atau balasan. Sekarang, di negeri cantik budaya menarik ini, nilai-nilai murni itu juga semakin berkurangan dalam diri setiap rakyatnya.
Dan kerana itu aku bosan.. Bosan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Bosan menanti bulan jatuh ke riba. Sedang bulan terus gah di atas sana. Memancarkan cahaya menerangi semuanya, tanpa mempedulikan aku yang kesepian...
No comments:
Post a Comment