Iklan

Apr 5, 2008

Terduduk...

Tanpa sedar kita, ada waktu-waktunya kita tidak kuat untuk menerima dugaan yang tidak kita jangkakan. Dan masa itu juga, barangkali kita tidak sedikitpun bersedia menerima sebarang hakikat yang mana tidak kuat untuk kita terima itu. Terduduklah kita buat seketika. Mujur ada kerusi yang tidak tahu apa-apa, yang tiba-tiba juga terpaksa menampung berat badan kita. Mujur juga berat aku baru naik cuma 2 kg. Dan, sesuatu kemujuran juga, aku masih waras lagi ketika itu, kerana masih sedar yang aku hanya tetamu di rumah teman yang memang tidak mengundang.

Maka, cepat aku bangun dan melarikan langkah kaki ke arah kereta yang menjadi suatu kemujuran juga, bukan aku yang memandu. Kalau tidak, sah-sah aku pecut kereta tu entah kemana-mana, asalkan boleh pecut selaju mungkin. Yer... itulah aku. Kalu ada masalah ajer, suka sangat melepaskan tekanan dengan cara memecut kereta laju-laju. Tapi, itu di kuala lumpur dulu la. Sebab kat sana ada highway. Kat sini, yang pernah aku buat ialah memecut kereta di jalan semarak menuju ke airport. Fuhh.. boleh tahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...