Iklan

Apr 21, 2008

Kosong...

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, aku terasa sangat berlainan. Duniaku seolah-olah sepi, sunyi. Teman-teman yang selalu menemani, semuanya menghilang ntah ke mana, meninggalkan aku sendirian. Terasa kosongnya hidup ini. Seperti yang berlaku dalam mimpiku beberapa malam yang lalu. Dan kerana itu juga, semangat kerjaku sedikit berkurangan. Aku seperti kehilangan, aku seperti tercari-cari. Meraba-raba didalam kegelapan. Kosongnya kehidupan ini. Dimana kenikmatan hidup yang pernah kurasakan?

Ketika ini jugalah, tiba-tiba pelawaan seorang teman untuk bekerja dengannya di luar negara, kuambil peduli. Aku memikirkan pelawaan itu dengan serius biarpun sebelum ini tawaran tersebut hanya sekadar main-main pada anggapanku. Biarpun, aku tahu, mungkin kali ini aku sudah terlambat kerana berkemungkinan besar, orang lain sudah bersedia mengisi kekosongan itu. Bukan perkara yang menjadi persoalannya. Soalnya sekarang, aku sangat terfikir untuk 'lari'. Lari dari kekosongan hidup, lari dari kehidupan yang tiada perubahan, lari dari 'masalah' barangkali, biarpun, aku sendiri tidak tahu apa masalah aku.

Tiba-tiba... aku terasa.. kosong....

1 comment:

  1. kak su,

    tiba2 sy teringatkan cerita SEPI. ironinya, kak su tgk cerita SEPI tu 6 bulan selepas apa yg lal su rasa ni kan. hidup ni mmg ada ups n downs yg tersendiri kan. semoga skrg ni, 6 bulan lepas kak su tulis entri ni, kak su dh ok. sy doakan yg baik2 aja utk kak su n aisya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...