
Kelabu mata di book fair PWTC last friday. Terlalu banyak buku yang hendak ditilik dalam masa yang agak singkat. Sepatutnya boleh menghabiskan sehari suntuk di situ, tapi.. last minute rancangan terpaksa diubah kerana tiket bas pd hari khamis mlm ke kuala lumpur habis! Jadi terpaksa bertolak pd pagi Jumaat, dan sampai di Putra jam 5 petang. Inilah gara-gara membeli tiket last minute! Tu pun, mujur tiket ada. Kalu tak, tak pasal-pasal terpaksa melepaskan peluang pergi bercuti free! Habis hampir RM200 jugak di book fair. Terlalu banyak pilihan buku, dan buku yang memang dah lama di cari di terengganu tapi tak ader, ada pelbagai penerbitan! Of course la banyak buku yang dibeli untuk dania. Menjadi suatu kemujuran juga, dia tidak buat perangai di situ biarpun keletihan kerana sebaik turun bas sahaja dr terengganu, berehat sekejap menunggu busu dia sampai dan terus ke PWTC. Dan, orang ramai juga tidak terlalu sesak. Alhamdulillah. Tuhan mempermudahkan urusan kami. Bayangkan kul 10 malam baru balik ke rumah busu, dan dia masih sempat melayan adam. Kuat semangat jugak anak aku seorang ni.

No comments:
Post a Comment