Last friday, aku pegi kuala lumpur dengan kawan-kawan. Rancangan asal, nak shopping dan release tension..tapi, seperti biasa apa yang dirancang, jarang menjadi seperti yang diharapkan. Daripada nak enjoy, jadi sakit hati, jiwa dan perasaan. Itu pun aku still pujuk hati supaya enjoy the time without thinking anything. Kosongkan fikiran, dan lalui hari-hari itu dengan gembira. But still, dalam keriangan yang terlihat di wajah, hati di dalam bagai tertusuk duri.
Hari ini, aku jumpa dengan 2 blog yang sangat menarik hatiku. Satu, blog seorang student malaysia yang belajar di oversea. Aku jumpa petang semalam, tapi baru hari ini sempat baca. Memang 'syok' baca blog dia. Bukan sahaja banyak ilmu kita boleh dapat, malah cerita-cerita dia tentang keluarganya membuatkan kita terbayang-bayang apa yang di baca. Dan yang kedua, blog seorang kawan lama. Sebenarnya sudah lama aku berhajat hendak mencari sahabat aku ini melalui internet. Bagaimanapun, asyik tertangguh ajer! Dan hari ini, taip jer nama dia, aku dapat tahu serba sedikit kehidupan yang dia lalui sekarang. Memang aku merindui sahabat lama aku itu. Hinggakan kekadang, ada waktu-waktunya dia muncul dalam mimpi aku. Dia satu-satunya kawan yang tidak pernah lupa kawan yang pernah aku jumpa.
Alamakkk.. aku kena isi tender. Kalu tak, nanti last minute kelam kabut!
Iklan
Jun 30, 2008
Jun 18, 2008
Baju kurung kenangan.
Entah kenapa, semenjak dua menjak ni, setiap pagi memilih baju untuk dipakai di dalam almari pakaian, aku pastinya memilih baju yang dah lama sesangat aku tak pakai. Kelmarin, aku pakai baju kebaya yang belumpun sampai 10 kali di pakai. Kebaya tu dijahit oleh mok teh, jiran depan rumah dan sulamnya dibuat oleh kawan sekolah rendah aku. Kebaya itu adalah kebaya yang khas aku beli untuk dipakai ketika menerima ijazah di usm tahun 1999 , dibeli di pasar payang (aku rasa la), dan dengan harga lebih kurang RM80. Itulah baju paling mahal yang aku ada pada waktu itu, dibeli dengan duit gaji kerana pada masa itu aku sudahpun bekerja di kuala lumpur.
Hari ini pula, aku buang tabiat dengan memakai baju kurung yang aku pakai ketika nikah pada Februari 2002. Ini merupakan kali ke-3 aku pakai baju ini. Kali kedua ialah ketika menerima ijazah sarjana di utm, skudai dua tahun lepas (2006). Memandangkan masa tu, umur dah meningkat dan ada plak tanggungan, aku tidak terlalu excited untuk membeli baju baru semata-mata untuk dipakai ketika masuk dewan. Lagipun, aku dah tahu sangat perangai diri sendiri. Kalau aku beli baju mahal skit, dan aku plak sayang sesuatu baju tu, memang aku akan jarang la pakai baju tu. Sayang punya pasal!

Jun 16, 2008
Di pagi berbaju kebaya...
Dah lama aku tidak menonton cerita yang akan menarik perhatian aku sehingga nak meninggalkan seketika untuk ke toilet pun terasa sayang. Bagaimanapun beberapa hari yang lepas, selepas beberapa ketika berebut 'remote' astro dgn dania, dan berjaya memujuk dengan janji, 'Malam nanti, giliran Nia plak tengok 'tom tom bak' yer', aku akhirnya menghabiskan seluruh petang itu mengadap cerita 'Charms the easy of life'. Sebuah cerita tentang 3 generasi, yang tinggal bersama. Cerita tentang kehidupan mereka. Cerita tentang perempuan-perempuan. Cerita tentang perasaan seorang nenek yang menyara keluarga dengan menjadikan hobinya bermain dengan pokok-pokok herba sebagai profesion doktor yang tidak bertauliah tetapi mempunyai ramai pesakit, seorang ibu tunggal yang menolong tetapi selalu merungut dan seorang anak yang sedang meningkat remaja dan sering dibebel oleh si ibu kerana tiada kekasih. Ianya sebuah cerita ringan, tetapi aku suka cerita-cerita seperti itu. Ianya membuat aku terfikir tentang kehidupan ini. Masa-masa yang dihabiskan, dan waktu-waktu yang dilalui sehari-hari. Betapa aku rasa, daripada pandangan mataku, begitu banyak masa yang kita buang begitu sahaja. Sedangkan banyak perkara kita boleh isi dalam setiap detik yang kita lalui.
Kelmarin plak, aku teringat buku cerita yang pernah aku baca masa di universiti dulu. Masa tu tahun 1996, dan salah seorang kawan aku (aku panggil dia, Mek ta sebab dia orang kelantan), ambik course Pendidikan Sastera. So, salah satu buku yang dia belajar ialah buku 'Ombak Bukan Biru' dan pengarangnya aku masih ingat, Fatimah Busu. Aku sebenarnya dah lupa camner ceritanya, tapi aku masih ingat cerita itu sangat menarik, mempunyai gaya persembahan yang sangat puitis, dan sangat mengesankan! Dan sekarang, pada tahun 2008, selepas 12 tahun, aku terfikir untuk kembali mencari buku itu. Kali ini untuk kutambah dalam rangkaian koleksi buku-buku cerita kesayangan aku. Please, sesiapa yang jumpa buku tu, bagitau yer dimana boleh aku mendapatkannya.

Jun 3, 2008
Nasihat seorang teman...
"Kita akan selalu diuji, tak kira sama ada dari harta , anak-anak, suami, isteri atau suku sakat kita. Dulu saya pernah ingat saya takkan ada masalah kalau saya buat begini atau begitu, tapi sebenarnya setiap langkah saya ada risiko. Tak kira saya buat begini atau begitu masalah itu tetap begini dan begitu. Sekarang ini saya cuba hadapi masalah-masalah itu, dugaan-dugaan itu dengan hati yang terbuka. Saya rasa ok, tapi sebagai manusia saya tetap terasa sakit, tak kira fizikal, mental atau secara spiritual, kesakitan tu tetap ada. Cuma kita perlu kuatkan semangat dan terbuka tangan menerima ujian kerana setiap ujian adalah pemberian bermakna dari Allah kepada kita. Tanda kasih dan ingatan Allah buat kita.
Allah tak berikan dugaan itu secara sendiri tetapi pakejnya sekali iaitu keimanan dan jati diri.
Saya harap kak su sentiasa kuat seperti dulu. Saya kenal kak su dulu pun seorang yang tabah.
Macam saya kata tadi, tak semua orang kuat macam kak su, even me, i'am not sure what if i put my foot into your shoes. Tetapi semua itu ada hikmah tersembunyi. Kita tak tahu tapi Dia Maha Tahu. Begitu juga dengan Dania. Ada bahagia menanti dia dan kak su, Insya Allah.
Yakinlah kak su, itu satu yang pasti."
~ Wani
Thank you so much friend. I put your advice here, so that everytime i feel lost, i know where to go...

Subscribe to:
Posts (Atom)