Dah lama aku tidak menonton cerita yang akan menarik perhatian aku sehingga nak meninggalkan seketika untuk ke toilet pun terasa sayang. Bagaimanapun beberapa hari yang lepas, selepas beberapa ketika berebut 'remote' astro dgn dania, dan berjaya memujuk dengan janji, 'Malam nanti, giliran Nia plak tengok 'tom tom bak' yer', aku akhirnya menghabiskan seluruh petang itu mengadap cerita 'Charms the easy of life'. Sebuah cerita tentang 3 generasi, yang tinggal bersama. Cerita tentang kehidupan mereka. Cerita tentang perempuan-perempuan. Cerita tentang perasaan seorang nenek yang menyara keluarga dengan menjadikan hobinya bermain dengan pokok-pokok herba sebagai profesion doktor yang tidak bertauliah tetapi mempunyai ramai pesakit, seorang ibu tunggal yang menolong tetapi selalu merungut dan seorang anak yang sedang meningkat remaja dan sering dibebel oleh si ibu kerana tiada kekasih. Ianya sebuah cerita ringan, tetapi aku suka cerita-cerita seperti itu. Ianya membuat aku terfikir tentang kehidupan ini. Masa-masa yang dihabiskan, dan waktu-waktu yang dilalui sehari-hari. Betapa aku rasa, daripada pandangan mataku, begitu banyak masa yang kita buang begitu sahaja. Sedangkan banyak perkara kita boleh isi dalam setiap detik yang kita lalui.
Kelmarin plak, aku teringat buku cerita yang pernah aku baca masa di universiti dulu. Masa tu tahun 1996, dan salah seorang kawan aku (aku panggil dia, Mek ta sebab dia orang kelantan), ambik course Pendidikan Sastera. So, salah satu buku yang dia belajar ialah buku 'Ombak Bukan Biru' dan pengarangnya aku masih ingat, Fatimah Busu. Aku sebenarnya dah lupa camner ceritanya, tapi aku masih ingat cerita itu sangat menarik, mempunyai gaya persembahan yang sangat puitis, dan sangat mengesankan! Dan sekarang, pada tahun 2008, selepas 12 tahun, aku terfikir untuk kembali mencari buku itu. Kali ini untuk kutambah dalam rangkaian koleksi buku-buku cerita kesayangan aku. Please, sesiapa yang jumpa buku tu, bagitau yer dimana boleh aku mendapatkannya.
No comments:
Post a Comment