Iklan

Jun 18, 2008

Baju kurung kenangan.

Entah kenapa, semenjak dua menjak ni, setiap pagi memilih baju untuk dipakai di dalam almari pakaian, aku pastinya memilih baju yang dah lama sesangat aku tak pakai. Kelmarin, aku pakai baju kebaya yang belumpun sampai 10 kali di pakai. Kebaya tu dijahit oleh mok teh, jiran depan rumah dan sulamnya dibuat oleh kawan sekolah rendah aku. Kebaya itu adalah kebaya yang khas aku beli untuk dipakai ketika menerima ijazah di usm tahun 1999 , dibeli di pasar payang (aku rasa la), dan dengan harga lebih kurang RM80. Itulah baju paling mahal yang aku ada pada waktu itu, dibeli dengan duit gaji kerana pada masa itu aku sudahpun bekerja di kuala lumpur.

Hari ini pula, aku buang tabiat dengan memakai baju kurung yang aku pakai ketika nikah pada Februari 2002. Ini merupakan kali ke-3 aku pakai baju ini. Kali kedua ialah ketika menerima ijazah sarjana di utm, skudai dua tahun lepas (2006). Memandangkan masa tu, umur dah meningkat dan ada plak tanggungan, aku tidak terlalu excited untuk membeli baju baru semata-mata untuk dipakai ketika masuk dewan. Lagipun, aku dah tahu sangat perangai diri sendiri. Kalau aku beli baju mahal skit, dan aku plak sayang sesuatu baju tu, memang aku akan jarang la pakai baju tu. Sayang punya pasal!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...