Iklan

Nov 26, 2008

Cabaran membuatkan minda bergerak cergas!

Cabaran kali ini ialah menyiapkan Manual Quality untuk ISO 9001:2000 termasuk semua control document & procedure yang berkaitan. Sebenarnya inilah yang aku tunggu-tunggu selama ini. Aku sukakan kerja yang memerlukan perhatian dan fokus aku sepenuhnya, seterusnya membuatkan aku menggunakan pemikiran dan tenaga semaksimum yang mungkin. Memang, ianya sangat memenatkan minda, dan biasanya aku akan terbawa-bawa kerja aku itu ke dalam mimpi. Contohnya, apabila aku kena menyiapkan Tender Document dalam tempoh yang singkat, sehingga ke dalam tidurpun aku masih terbayang-bayang instruction to tenderer, bill of quantities, list of drawing dan segala bagai tu! Dan kali ini, aku pasti akan terbawa-bawa all the clauses of ISO 9001:2000 ke dalam mimpi lagi. Lebih-lebih lagi, aku kena menyiapkannya dalam tempoh 19 hari mulai hari ini.

Mengurangkan tempoh itu, ialah cuti hari jumaat dan sabtu selama 6 hari, cuti hari raya Qurban selama 2 hari pada 8 dan 9hb. Disember, dan cuti yang akan aku ambil untuk pergi ke Johor pada 7hb. Disember. Bermakna tempoh 19 hari lagi itu telah berkurang menjadi 10 hari sahaja! Fuhhh... Cabaran tu!

Best! Best!

Kenapa agaknya ada cuti yer, ditengah-tengah 'kekecohan' kerja aku itu? Sebenarnya, abang aku yang berkahwin dengan orang Batu Pahat 6 tahun lepas baru jer dikurniakan seorang baby boy! Kakak ipar aku baru jer bersalin melalu pembedahan pagi kelmarin di hospital Batu Pahat. Dan kami adik-beradik termasuk mak dan ayah sudah tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan itu bersama abang di sana!

2 comments:

  1. kerja mmg memenatkan. tp bila kerja tu dah siap puhhhhhh...lega gila kan? lepastu rehat kat rumah tgk2 tv, kemas barang2 lama, memasak pun dah cukup rilexxx tanpa fikirkan kerja. hehe;)

    ReplyDelete
  2. Akak, tak suka ISO. Mengantuk. Hua hua. Naik juling mata Ain tahan lecture dia. Nak saja Ain ni tidur depan dia, biar dia tahu yang dia punya lecture mengantuk.

    Ada benda baru yang Ain baru dapat :
    Bahagian Potong Rumput (BPR)
    Ahaks....

    Akak, ISO, Ain nak buat bodoh aje... Tapi kalau Ain malas, gi jentik telinga.. ^..^ Meow

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...