Iklan

Jun 10, 2011

Lesen Memandu Mati

Lesen memandu saya sudah tamat tempoh sahnya. Kalau dulu, masa awal-awal memiliki kereta sendiri, tarikh sah lesen memandu tamat tempohnya hampir sama dengan matinya road tax kereta. Jadi, memang akan ingat untuk renew kedua-duanya dalam minggu yang sama. Tapi, itu dulu.


Setahun duduk di Skudai, bergelar belajar semula selepas tiga tahun bergelar seorang mama, memiliki kereta sendiri dan telefon genggam sendiri juga. Tahun 1996 hingga 1999 dulu, belum ramai lagi student universiti mampu memiliki telefon genggam sendiri. Ada tak ada, public phone tu la yang menjadi penghubung dengan keluarga yang jauh. Apatah lagi kereta sendiri! Motosikal pun, hanya yang betul-betul mampu sahaja. Saya dulu, cuma ada basikal. Hehe...


Duduk di Taman Universiti, dan berulang alik ke UTM yang dekat, memang jarang terserempak polis atau JPJ membuat roadblock. Paling-paling tidak, yang selalu kena saman, adalah saman parking oleh MPJBT! Jadi, ketika itu saya sengaja melambatkan renew lesen memandu. Walaupun pejabat pos hanya 5 minit dari rumah sewa! Seingat-ingat saya, hampir dua minggu memandu dengan lesen memandu yang sudah mati.


Sekarang, saya bukannya sengaja :( . Saya betul-betul tak sedar dan terlupa walaupun minggu lepas saya sudah beringat. Saya tak sedar tarikh 8 haribulan kerana kebetulan sangat sibuk dengan kerja, hingga tidak sempat memikirkan apa-apa. Dan saya juga terlupa mencatatkan tarikh penting itu di kelendar atas meja pejabat, atau mencatatkan pada stick note dan melekatkannya pada monitor seperti biasa saya lakukan untuk mengingatkan diri sendiri tentang sesuatu yang penting.


Khamis, saya sudah ingat. Saya ke pejabat pos pada waktu makan tengahari, sebelum pergi makan. Orang tidak ramai di pejabat pos, tetapi JPJ offline! Saya terpaksa ke JPJ juga. Selepas makan, saya bergegas ke JPJ tetapi orang terlalu ramai hinggakan nombor giliran menunjukkan ada hampir 30 orang lagi sebelum tiba giliran saya! Saya terpaksa pulang dulu ke pejabat kerana kebetulan saya dengan officemate dan boss pula ada dipejabat. Jam 3.45 petang saya keluar semula dengan seribu harapan. Tetapi, kecewa.... T___T . Di pejabat pos, masih offline dan JPJ pula dah tutup jam 3.30 tadi.


Makanya, hari ini dan esok, saya hanya akan terperap di rumah. T___T



Punah rancangan hendak ke Besut berjumpa sahabat lama sambil melihat babynya yang baru, dan tergendala lagi rancangan hendak ke kedai emas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...