Masa raya baru-baru ni, aku ada nampak Astro Prima asyik promo drama-drama yang banyak ditayangkan. Aku memang peminat drama Melayu, dan biasanya kalau ada cerita menarik aku akan cuba juga luangkan masa untuk tengok. Cerekarama di Tv3 contohnya, jaranglah aku ketinggalan menonton, kecuali kalau aku tidur awal. Telefilem di astro pula, banyak yang diulang tayang, pun tak jemu aku tengok.
Cuma kalau drama yang bersiri tu, jarang sedikitlah aku nak ikut. Biasanya kalau cerita yang bagus-bagus tu, aku tengok sikit-sikit sahaja. Tahu jalan cerita sudah cukup. Macam drama Tahajjud Cinta yang disiarkan setiap jumaat di tv3 sekarang, aku tengok dari awal episod. Lepas tu aku mula tengok sikit-sikit jer. Aku geram tengok cerita tu. Geram kat Emang Manang, orang kampung sebelah kampung aku tu.. hahaha.. Drama bersiri popular dengan Seth Tan baru-baru ni, aku tengok sikit sangat. Tu pun sebab terpengaruh dengan ramai kawan-kawan duk citer keromantikan Seth Tan @ Arron Aziz tu. Jadinya nak juga tahu apa yang menariknya. Yang menariknya, aku sempat tengok episod akhir! Selalunya kalau aku follow apa-apa drama bersiri, biasanya terlepas episod akhir disebabkan sesuatu yang memang tidak boleh dielakkan. Sangat sakit hati! Itu antara sebab aku jarang follow mana-mana drama bersiri.
Jadi, bila dah Astro duk promo drama-drama best tu, maka aku pun siap sedia buat perancangan dalam kepala, nak tengok drama itu, drama ini. Antaranya drama Sesungguhnya. Nampak sangat menarik.
Tapi.. aku terlepas drama tu. Aku cuma sempat tengok di penghujung cerita sahaja ketika Nuar berkata kepada Nadia ke apa namanya, 'Abang sayang Nadia macam adik sendiri. Cinta abang hanya sekali'. Lebih kurang begitulah dialognya.
Kemudiannya malam tadi, Astro kan suka ulang tayang drama-dramanya, ada lagi drama tu. Dan kali ini aku dapat tengok dari awal, bersambung terus lepas layan Epilog Deru Ombak yang memang aku tak tahu pangkal tapi tengok penghujung episodnya. Hahaha.. Best juga drama Deru Ombak tu, lebih-lebih dengan Nabila Huda yang bertudung. Suka sungguh aku tengok dia pakai tudung sejak drama Ahmad Dhurah di tv3 ari tu. Sangat manis.
Oh, Sesungguhnya, memang sangat best! Gandingan Sharifah Amani dan Beto Khusyairi yang mantap, dan memang ada 'kimia'. Sejak aku tengok drama Kashaf Imani, aku dah suka kat si Beto Khusyairi ni. Orangnya nampak baik... hahahaha...
Ok, ceritanya berkisar tentang Lela (Sharifah Amani) yang bakal mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki tu (lupa namanya), pulang ke kampung selepas 7 tahun meninggalkan kampung, dan bertemu kembali dengan bekas suaminya, Nuar (Beto Khusyairi) yang merupakan teman sedari sekolah. Meleleh juga air mata aku masa Nuar bersemuka dengan Lela untuk meluahkan perasaannya. Hahaha... Aku memang pantang tengok cerita2 sedih ni, air mata aku mesti jadi murah.
Okay.. itu sahaja untuk kali ini.
P/s : Hari ini aku dapat tambahan seorang lagi anak saudara lelaki. Tak sabar nak tengok!
assalam aya yus
ReplyDeletepeminat citer melayu sejati ni ... he33
saya pula jarang2 nk tengok citer melayu sebab jalan cerita nya hampir sama. asyik bergaduh jer. tak laki bini dgn mak ayah ataupun kawan / org kampung. Kalau tak begaduh pun dok tayang citer hantu. Betul tak ... he33
wsalam.. yer betul! hahaha... saya tak suka tgk citer2 hantu2 tu sumer, rasa geram sebb mcm hantu syaitan tu sumer lgsg tk takut kt ayat2 Quran. Bila takut, tahu menjerit sajer, buknnya nk baca ayat Quran, al-fatihah pun tk per dah. Istighfar byk2 pun ok dah. Ni lgsg tak!
ReplyDeleteMemg kebykan jln citer, drama2 melayu ni, hampir sama jer dan kita dh dpt agak ending dia camner, tp yg saya suka.. itulah realiti kehidupn org melayu. Ehh.. boleh buat entri baru pasal ni, ni.. hahahaha...
Next entri, kenapa saya suka drama Melayu! Hehe..