Bismillahirrahmanirrahim...
Aku sedang berusaha keras menyiapkan kad hari lahir Aisya. Yang sedikit lebih special daripada tahun lepas, gara-gara melihat handmade card dalam majalah Nur terbaru. Sangat cute dan menarik sekali. Memang biasanya aku buat sendiri birthday card dia. Dan yang baiknya, dia juga membuat card untuk aku setiap kali hari ibu dan hari lahir. Selain melihat contoh dari mamanya (ehemm.. hehe), dia juga belajar membuat kad ketika di tadika dahulu. Dan setakat hari ini, dia belum lagi melihat aku membeli apa-apa kad sedangkan dulu (ketika bergelar student) aku memang suka membelek kad di mana-mana kedai yang menjual kad, membeli dan menghantar kad kepada kawan-kawan cyber, sekaligus mengumpul kad yang aku terima. Ianya menjadi hobi aku yang agak menarik.
Ya, aku sekarang bukan aku yang dulu. Ataupun aku sekarang hasil daripada aku yang dulu. Sudah semestinya manusia berubah, kan. Lagipun usia mematangkan walaupun tanpa kita sedar kekadang kita terlupa untuk belajar dari pengalaman dan kesilapan. Lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan perasaan. Sedarnya kita tentang usia, bila uban mula menyelit antara celahan rambut yang masih banyak hitam, parut luka yang kecilpun sukar lagi untuk hilang bekasnya, macam-macam penyakit 'orang tua' mula bertanya khabar, dan of course, melihat anak yang sudah hampir tinggi dengan mamanya!
Aku agak, 2 tahun lagi, aku dan Aisya sudah boleh bertukar-tukar kasut dan baju. :D
Rancangannya, hendak membuat kek pelangi hari Jumaat nanti. Entah jadi entahkan tidak memandangkan lama sungguh tidak membuat kek. Kuih paling rajin aku buat sejak lama tak baking ni, hanya Jemput Jagung (cucur)! Nampaknya kena rajin menggodek resepi supaya mood mari ni... mari la... mari la...
Setuju...sedar diri dah tua bila uban mula menyelinap sedikit demi sedikit..parut luka yang kecil pun payah nak hilang..ish ish ihs..aku dah tua rupanya.
ReplyDeleteI love cucur jagung since i was kid..the best in the world!:)
Baru jer lg pelbagaikan jenis cucur2 ni.. Dulu masa kecik2, kenal cucur ikan bilis jer. Mak buat sokmo.
ReplyDeleteBaru2 ni, i cuba buat cucur labu. Kebetulan ada balance pumpkin yg dah direbus yg dibuat pie. Sedap jugak.. hehe...
eehh....cucur labu?? tak pernah makan pun..camna nak buat tu?? tolong tulis satu entry yer..kat sini banyak labu yg sedap2..boleh ler try nanti.
ReplyDelete