Iklan

Aug 26, 2012

Aidilfitri 1433 Hijrah


Bismillahirrahmanirrahim....


Assalamualaikum,

Sempena Syawal 1433 Hijrah bersamaan Ogos 2012, saya mahu juga mengambil peluang di blog sendiri mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua-semua.


Semua-semua itu, adalah kamu-kamu pembaca yang menjadi pengunjung di blog yang tidak semenggah mana ini. Ataupun kamu-kamu yang secara tidak sengaja, terkunjung ke blog ini. :D
Saya doakan kalian dan kita semua, sentiasa bahagia di hati dan di jiwa, dan tidak melupakan tanggungjawab kita pada orang tua kita, anak-anak, sahabat-sahabat, majikan atau pekerja, jiran tetangga, dan paling penting, pada Tuhan yang menciptakan. Sepanjang masa. Ameen. Ya Rabbal Alameen.


Ampun dan maaf atas segala salah dan silap yang tidak disengajakan. Saya bukannya manusia yang sempurna. Tanpa sedar saya mungkin ada perkataan atau perbuatan yang mengguris jiwa. Maafkan saya. Bagaimanapun, saya masih percaya, kita semua sama - manusia biasa, yang gemar memakai topeng menutupi khilaf sendiri.


Raya, ada banyak cerita. Suka, dan duka juga. Duka di jiwa. Hehe.. Kalau ada banyak duit, saya juga berangan (kononnya) hendak beraya di Mekah, macam Azwan Ali. Hahahaha.... Ya, bawa diri sebenarnya. Tapi, mampukah saya sedangkan hendak membiarkan langsir rumah (rumah mak ayah) tidak berganti dan meja tidak penuh dengan biskut raya buatan tangan sendiri pun, saya tidak sanggup. Adakalanya, saya hanya mampu berangan sahaja, kerana realitinya saya lebih rela memendam rasa. Hehe....


Oh, selepas Ramadhan, saya ada beberapa semangat yang hendak saya bina semula. Ianya seperti azam di tahun baru. Hendak buat itu, hendak buat ini. Macam-macam. Err.. tengoklah nanti hasilnya. Hehe..



"Pertama kali membuat 'kad raya' disini. Gambar latar adalah pemandangan awal pagi dari tingkap bilik saya, yang sentiasa dan selalu menenangkan perasaan saya"

4 comments:

  1. Su,

    Selamat Hari Raya...dan semoga diberi kekuatan untuk membina semula semangat2 dan azam tersebut. Aminnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Khairul..

      Selamat hari raya pada awak juga. Aminn... :)

      Delete
  2. Salam Su,
    Terima kasih singgah di laman saya.
    Saya doakan keinginan Su untuk beraya di Makkah akan terkabul..insyaAllah.
    Teruskan memohon kepadaNya kerana Dia sentiasa mendengar
    walaupun kita tidak berbicara secara terus kepada Dia...
    Semangat!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Terima kasih akak, sudi singgah sini.. Duk tgh mengadap blog akak ni, baca tentang kek kampung dan memori disebaliknya.

      Insyaallah.. Terima kasih atas doa. Sungguh, sangat berbesar hati melihat kunjungan akak ke blog picisan ini.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...