Bismillahirrahmanirrahim...
Ramadhan sudah menghampiri Syawal. Hujung-hujung bulan puasa ni, sepatutnya masjid dan surau semakin tidak muat sebab masing-masing berebut untuk memperbanyakkan ibadat. Tapi lain hal pula dengan surau dan masjid di kampung saya. Jemaah semakin berkurang sebab masing-masing mula sibuk. Ada yang sibuk buat kuih raya, menjahit baju tempahan, menyulam manik, membeli belah, menghias rumah dan macam-macam kerja lagi. Biasanya perempuan la tu. Hehe...
Penghujung-hujung bulan Ramadhan ini juga, juadah berbuka sudah tidak tahu nak makan apa, atau nak masak apa. Bersahur, lagi la. Tapi pagi tadi, saya sempat goreng nasi. Biasanya saya hadam sepotong kuih atau sekeping roti sahaja. Masalah untuk berbuka, saya sudah buntu hendak makan apa. Oh ya, ayam mentah belum pernah menjenguk dapur lagi bulan puasa ini. Nanti-nanti nak suruh ayah belilah. Err.. memandangkan dapur tu, dapur rumah mak ngan ayah, barang basah memang biasa ayah yang belikan. Saya beli yang kering-kering sahaja. Hehe...
Ok bercerita tentang kuih muih di bazar ramadhan, pun sudah bosan memandang makanan yang ada adalah sama sahaja. Sedapnya, belum tentu. Jarang jumpa yang betul-betul sedap. Di sini, apa yang saya nampak peniaga berniaga untuk untung semata. Ramadhan menjenguk sahaja, semua harga makanan dinaikkan. Kuih yang biasa seringgit tiga misalnya, dah jadi dua ringgit untuk lima ketul. Ikan keli berlada, biasa tiga ringgit, naik seringgit sebab bulan puasa. Yang saya hairan, ada yang langsung tidak boleh dimakan sebab terlebih masin, masam, pahit atau manis. Kalau yang basi, itu perkara biasa di sini.
Persoalannya, apa hukumnya menjual makanan tetapi makanan itu tidak boleh di makan? Kena tanya Ustaz Azhar nampaknya ni. Hehe...
Pada pendapat saya, ianya seperti memperdayakan pelanggan. Macam saya membeli sepapan telur Gred A hari isnin yang lalu. Ingatkan eloklah telurnya. Balik rumah, pecahkan nak buat murtabak maggi, tu dia... telurnya macam air ayaq keluar! Ok, ingatkan sebiji sahaja begitu. Pecahkan lagi dua biji, pun sama. Boleh pakai, elok jer tak berbau. Tapi.. rasanya untuk buat kuih raya, memang tak bolehlah. Geram betul. Tu yang sahur tadi buat nasi goreng, nak perabihkan teluq! Hehe...
Semestinya pelanggan beli sebab terliur, makanan nampak sedap terhidang atas gerai jualan. Takpun elok jer berbungkus dalam plastik. Beli 3, 4 ringgit, bawa balik. Dah nak masuk waktu, hidang dalam pinggan. Terliurnya. Dengar sahaja bunyi bedil (kat Kuala Terengganu, waktu berbuka dan tamat waktu bersahur, ada bunyi bedil), lepas baca doa, makan kurma, jamah kuih yang dibeli tadi. Oppsss... keluarkan semula dari mulut. Astaghfirullah... basi rupanya.
Tertipu.
Kan.
Peniaga berlumba kaut untung - dah lupa tanggungjawab asal (menjual barangan yang baik), sampai makanan basi pun dijual..masyAllah.
ReplyDeleteRindu nak dengar bunyi 'bedil' kat KT. Dulu muda-muda kerap berbuka di sana. Rindukan nasi dagang sebenarnya.
Khairul : Bila makanan dijual tidak habis, peniaga2 ni rasa sayang nk buang. Maka, esoknya mereka campurkan yg semlm dengan yg baru.. sebb tu ada yg basi. Setiap tahun, ayah memg ada terbeli makanan basi.
ReplyDeleteOoo... penh berpuasa di trg la ni, so mesti tahu bunyi bedil, kan. Dtg rumh hari raya ke-2 kalau nk mkn nasi dagang. Hehe...
Raya ke-2 tahun depan yer ;)
ReplyDelete