Bismillahirrahmanirrahim...
Sejak awal puasa, saya hilang selera makan dengan teruk. Walaupun hari-hari masak macam-macam, sup tulang, gulai terung, daging goreng kunyit, sotong, ketam, udang, dll, tapi hampir beberapa hari juga saya menyentuh nasi kurang daripada satu senduk. Sahur, sekeping roti. Aisya, dua keping. Hanya makan buah sahaja, saya rasa sedap sikit. Tembikai, rock melon (tembikai susu yang warna kuning tu), mangga, epal hijau, oren sunkist, itulah yang saya hadap malam-malam. Potong-potong dalam 2 biji (campur la apa-apa buah tu), letak dalam piring, makan dengan Aisya.
Sudahnya, siang hari saya sangat-sangat-sangat tidak bertenaga.
Dan, hilang 2 kg di dua minggu pertama Ramadhan memang sesuatu yang tidak pelik. Dan mungkin lagi 2 kg menjelang Syawal nanti. Ramadhan kali ini mak menakluki dapur. Ramadhan kali ini saya jadi malas masak sebab asyik-asyik mak suruh masak ikut selera ayah. Ramadhan kali ini, saya masuk dapur tapi mak dah hampir siap masak, jadi saya ke bilik sahaja, mandi dan sembahyang. Sedih....
Tapi.. Ramadhan kali ini, saya bersyukur diberi peluang beribadat semahunya. Cuma, penghalangnya antara rajin dengan malas sahaja. Huhuhu...
Alhamdulillah bagaimanapun.
No comments:
Post a Comment