Iklan

Jul 8, 2012

Tertekan

Bismillahirrahmanirrahim....


1. Ahad, hari pertama bekerja memang sedikit tekanan. Dan di sini, tekanan lebih terasa sebab rasanya seperti sudah berminggu ada banyak kerja yang belum selesai.


2. Bila banyak kerja, nak sentuh yang mana satu dulupun, sudah tidak tahu. Pegang yang itu, ingat yang ini. Pegang yang sini, ingat yang sana.


3. Bila tertekan, terasa ingin meluahkan perasaan, dan mula akan mengarut disini.


4. Kerja banyak, buat yang itu tidak kena. Buat yang ini tidak jadi. Akhirnya, di sini saya melepak.


5. Masa ini juga, banyak pula hal personal nak kena fikir. Rasa macam banyak pula hati nak kena 'ambil hati' dan jaga.


6. Berhenti kerja? Tolong berhenti dengan bermaruah dan jaya, bukan dengan meninggalkan 'sisa' pada orang lain dan nama yang buruk. Di Kuala Terengganu yang kecil ini, dalam bidang ini pula (di mana kalau pergi site visit atau seminar, asyik nampak muka yang sama), sesuatu yang tidak elok itu lebih baik dielakkan. Ya, rezeki di tangan Tuhan, siapa kita manusia untuk menentukan rezeki orang. Tapi kita kena berusaha, kan.


7. Pada masa keadaan (kerja) menekan ini juga, mulalah teringat betapa kekadang saya sangat memerlukan 'a shoulder to cry on' ataupun lebih tepat, menghamburkan segala ketidakpuasan hati. Hahaha..


8. Ya, akhir-akhir ini saya rasa hidup saya sangat membosankan (teringatkan perbualan dengan wani, teman yang 'sekepala').. terutamanya hujung minggu saya!


9. Saya masih menyalahkan cuaca (dalam diam-diam dan dalam hati), kerana cuaca ini (mendung) mempengaruhi mood saya (suram)..


10. Ok, saya berhenti bersungut di sini. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...