Iklan

Jun 30, 2012

Hendak Yang Terbaik, Jadilah Yang Terbaik Juga

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Irma Hasmie sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Saya tahupun gara-gara membuka facebook dan ada seorang kawan berkongsi gambar istimewa di bawah. Comel bukan? Nampak seiras jer.



Ramai yang berkongsi kegembiraan, kebahagiaan (komen pada gambar di facebook). Berlebih-lebih lagi, cerita tentang pertemuan jodoh di tanah suci. Ramai juga memasang angan-angan, ingin bertemu jodoh di sana. Berdoa semoga perkara yang hampir sama berlaku.


Terngiang pula kata-kata seorang kawan yang pernah rapat, kawan yang hampir menjadi teman istimewa, (tapi persahabatan jadi renggang gara-gara ada 'rasa' itu), "Jika mengimpikan seorang ustaz, kita sendiri hendaklah menjadi seperti seorang ustazah". Ya, sila bayangkan ustaz yang betul-betul ustaz yer, bukan ustaz atau ustazah Youtube atau Facebook. Hehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...