Iklan
Jun 28, 2012
Ketika Waktu Mendatangkan Cinta
Ketika waktu mendatangkan cinta
aku putuskan memilih dirimu
setitik rasa itu menitis
dan semakin parah
Bisa kurasa getar jantungmu
mencintai apa lagi aku
jadikanlah diri
pilihan terakhir hatimu
Pernah rasa cinta begitu? Saya pernah, dulu. Yang betul-betul punya. Cinta sejati mungkin. Dah lama tak rasa getar cinta. Lama sungguh. Tapi saya tak pernah lupa, getar cinta begitu. Lebih-lebih lagi bila tengok Aqasha dan Tiz Zaqyah. Macam real jer. Terer sungguh diaorang berlakon. Agaknya apa yang ada dalam hati diaorang ketika itu yer...
Psstt : Tengah asyik masyuk dengan 'Dejavu di Kinabalu'. Semalam sampai rumah jam 6.45 petang dari Paka, berkejar mandi dan solat asar. Dalam telekung, menonton Dejavu. Ketika iklan berkejar solat maghrib. Tak.. tak tergesa-gesa bersolat. Tak baik. Hehe... Tapi ajar Aisya mengaji selepas jam 8 malam. :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dulu ada drama popular "Awan Kelabu di Kundasang". Saya dah tak ingat ceritanya mcamana..cuma ingat tajuk..dan drama tu mempopularkan kundasang.
ReplyDeleteYer ker... pesal saya tak tahu ek, padahal rasanya saya ni hantu drama melayu jugk.. hehe...
ReplyDelete