Ada banyak isi nangka hari tu. Besar-besar, manis dan sedap. Tapi siapa nak habiskan sebesen besar tu! Kita buat puding nangka la mak, aku bagi idea lain selepas mak dah beberapa hari asyik duk buat pengat pisang cam nangka. Yang seronoknya kali ini, adunan puding yang saya buat cukup-cukup untuk acuan klasik sejak aku sekolah rendah. Dah berpuluh tahun tu! Seronok tengok hasilnya, cantik.
Dan sedap juga, sejuk-sejuk turun kat kerongkong pada tengahari yang panas. Cuma tidak halus sangat teksturnya sebab saya terlupa nak tapis. Bahan-bahanpun saya main campak jer dalam blender. Langsung tak tengok resepi mana-mana. Akibatnya, terlupa nak letak sedikit mentega, mengikut resepi yang biasa saya ikut. Saya sebenarnya tak tahupun tujuan mentega tu, tapi biasanya saya ikut jer resepi.
Nyum!
Ok.. ni sebenarnya episod bulan lepas. Saja nak bercerita sebab macam dah lama tak bercerita di sini. Jumpa lagi dalam entri cerita-cerita baru nanti.
Assalamualaikum.. :)
Ok.. ni sebenarnya episod bulan lepas. Saja nak bercerita sebab macam dah lama tak bercerita di sini. Jumpa lagi dalam entri cerita-cerita baru nanti.
Assalamualaikum.. :)
wahhhhh..teringinnya. Lama tak makan puding sebegini...apatah lagi nangka.
ReplyDeletenangka masak lemak? hahaha... kena balik kg la nk merasa..
ReplyDeletesaya plak, sebenrnya lebih terliur tgk western food.. hehe.. org kg yg seleranya bukan tradisional.. :P
hahah..biasa ler..kita lebih teringin beda yang kita jarang jumpa :)
ReplyDelete