Ianya, pertama kali dalam hidup yang dipinjamkan ini. Dulu-dulu, masa duk Penang 4 tahun, tak pernah terfikir pun hendak ke sana. Kawan ramai-ramai pakat pergi pun, saya buat tidak peduli sahaja. Yer... masa tu, tiada dalam perancangan langsung hendak berjalan berkeliling Malaysia, apatah lagi dunia. Ntah apa yang saya fikir, saya sendiri tidak tahu.
Bila sudah berkerja, ada duit sendiri, mendengar pula cerita orang berjalan ke sana sini, samada tujuan shopping atau makan angin, timbul juga keinginan begitu. Apatah lagi sekarang zaman tiket murah, ke Bandung atau Vietnam dah macam dari Terengganu ke Kuala Lumpur pula. Ataupun lebih dari itu. Saya juga yang masih macam 'katak bawah tempurung'. Ke Langkawi, ini baru pertama kali. :D
De Baron Beach Resort, memang cantik. Persekitarannya juga. Tetapi tidak pada makanannya. :(
Kata orang kampung yang selalu mengikuti rombongan ke sana sini, di Langkawi barang murah. Pinggan mangkuk kalau ke sana, tidak dibeli semacam tidak sah. Kata orang bandar pula, Langkawi tidak seperti dulu. Coklat sahaja pun yang murah, yang lain-lain pinggan mangkuk, periuk belanga, lebih kurang sahaja harganya dengan di Sogo, atau sekiranya dibeli secara online. Kata orang banyak duit pula, baik ke Guangzhou atau dekat sikit, Vietnam. Ya... sikit-sikit Vietnam. Boss juga baru balik dari Vietnam minggu lepas, dapatlah saya dua pasang sutera vietnam untuk baju raya nanti. Hehe..Kerusi baring di tepi kolam, berbaris teratur. Di hujung itu, ada timber deck sepanjang kawasan resort di sebelah pantai. Siap ada kerusi baring disediakan. Bagus untuk berborak malam-malam sambil berbicara dari hati ke hati, di bawah bulan purnama, dimamah angin sejuk laut.
Langkawi, memang pulau yang cantik pada mata saya. Cantik dengan pulau-pulaunya yang unik. Cantik kerana pekan Kuah yang tidak sesak. Cantik kerana susunatur jalannya yang mudah dicam walaupun pertama kali memandu di sana. Bukan pada Haji Ismail Group yang penuh sesak dengan lautan manusia pada musim cuti sekolah. Bukan pada makanannya yang susah di cari yang halal dan sedap. Lebih-lebih lagi, bukan pada jeti atau ferinya yang sangat tidak memberikan keselesaan, malah menakutkan! Juga bukan pada manusia penghuni Langkawi yang sangat tidak ramah mesra! (Atau saya berbual atau bertanya pada orang yang salah, mereka berkerja di Langkawi, bukannya orang Langkawi!)Tapi, Lan.. seorang yang baik. Sangat. Katanya dulu, abangnya duduk di Kuah, ada kedai di sana. Langkawi mengingatkan saya pada seorang kawan baik, tapi entah di mana dia sekarang...
View from our room, Subhanallah...sangat cantik. Nampak pulau-pulau dan kapal-kapal yang berlabuh.
Sejak di Jetty Kuala Kedah lagi, terngiang-ngiang pepatah 'indah khabar dari rupa'. Untuk sesuatu yang 'sebagus' Langkawi, kenapa dihidangkan jeti yang sebegitu rupa? Terus semangat jatuh bergolek ke hujung kaki. Dalam kesesakkan dan keributan manusia di situ, saya yang berperut menyanyi lagu keroncong hampir kecundang menyembah bumi. Ya.. saya pernah begitu, pengsan dalam kesesakan. Seingat saya dua, tiga kali juga ketika zaman belajar dulu-dulu.Rupanya pula, makanan di Kuah tidak sedap. Restoran melayu di sekitar Pekan Kuah yang kecil, hampir tidak ada. Balik-balik nampak restoran china, thai yang tiada tanda halal dan restoran western food, yang juga kebanyakan pengunjungnya adalah china dan tiada logo halal di mana-mana (ada seorang dua sahaja muslim (bertudung) makan disitu). Makanan melayu dan dianggap halal semestinya, hanya boleh didapati di warung yang kecil belakang kedai Haji Ismail Group, dan satu lagi juga warung (besar sedikit) dekat dengan pusat jualan minyak gamat.
Kata saya pada adik, kalau tak pergi ke Dataran Helang, tak sah la kot rombongan cik kiah ke Langkawi. So, here we are, with Helang Langkawi. :D
Langkawi, bukan tempat yang sesuai untuk shopping, tapi sesuai untuk berkenal mesra sepasang suami isteri yang tidak pernah bercinta (cinta selepas kahwin) misalnya. Itu pendapat saya. Mungkin boleh beramah mesra sambil menikmati keindahan pulau-pulau di sana. Hehe...To be continued... (akan bersambung sebab masih ada cerita yang hendak saya bebelkan tentang pertama kali di Langkawi)..
sooooo agreeeee dgn jetty dan ferry langkawi. sangat perlukan perubahan!
ReplyDeleteekceli baru pegi last december bwk anak-anak jenjalan. :)
tu la kan... :)
ReplyDelete