Saya mengambil lesen memandu kereta di Kuala Lumpur sekitar Mac tahun 2000. Ketika itu, saya sedang dalam proses mencari kerja baru. Masuk dua bulan di tempat kerja baru, saya lulus ujian memandu dan dapat lesen. Memandangkan kesulitan yang dihadapi untuk ke pejabat setiap hari (dekat tapi jauh), maka saya meminjam duit kakak untuk buat advance payment dan slow talk dengan boss baru yang baik untuk buat slip gaji selama 3 bulan, bagi mendapatkan seekor.. ehh... sebiji kancil.
Maka.. mengaumlah kancil itu di MRR2 setiap pagi dari Pandan Jaya ke Taman Melawati, sesekali menderu ke Kuala Terengganu melalui jalan lama (LPT belum wujud). Dua tiga tahun kemudian, kancil itu gagah membelah lebuhraya ke Skudai, Johor dari Kuala Lumpur. Lima tahun selepas itu, kancil itu juga yang berjasa membawa saya ulang alik dari rumah sewa ke universiti di Skudai, dan ke Skudai dari Kuala Terengganu melalui Mersing sebulan atau dua bulan sekali selama setahun. Ke Kuala Lumpur melalui LPT.. jangan cakaplah, sudah acap kali sangat.
Bukan mahu bercerita tentang Kancil coklat muda yang sudah bertukar kulit menjadi putih itu, yang sudah tua dan sering sakit-sakit selepas 9 tahun dihenyak, tapi tentang laluan perjalanan tuan punya kancil. Lebuhraya itu.
Saya tidak pernah memandu sendiri ke utara semenanjung semenjak pandai memandu. Ke utara, paling jauh pernah saya memandu adalah ke Kg. Gajah, Perak ketika perkahwinan bapa saudara dengan orang sana. Perjalanan pendek dari Tanjung Malim itupun, sudah cukup menyenangkan saya dengan kekuningan bendang di kiri kanan sayup terbentang menuju ke Kg. Gajah. Saya, jadinya sangat teruja.
Saya sudah agak bosan dengan permandangan bukit bukau dan kelapa sawit dan getah di lebuhraya. Bosannya! Dan saya sudah lama teringin hendak membelah highway PLUS ke utara semenanjung. Akhirnya.. awal jun yang lalu..
Aisya tidak pandai mengambil gambar dari dalam kereta. Selalunya, begitulah. Bukit-bukit batu kapur ketika lalu di sekitar mana ntah (lupa dah!) sebelum masuk terowong yang lebih panjang dari terowong kt Karak highway. Siap nampak gua dan air terjun lagi! Rasa macam nak berhenti sekejap ambil gambar tapi tak berani.
On the way balik ke KL, sekitar jam 7 petang.. sebelum berhenti di R&R Gurun. Sawah pagi di kiri kanan, terbentang luas! Siap nampak jentera pembajak yang jenis lama tu. Teruja.. tapi sebab cuaca kurang baik (nak hujan) dan memang dah gelap (nak maghrib) teruskan ajer perjalanan. Macam lalu jalan kampung jer.. best betul la.
Teruja macam orang bandar sangat, padahal memang orang kampung yang masa kecik tiap-tiap hari turun berkubang di bendang, tolong mak menanam padi. Tapi lain padang lain belalang woi.. Hahaha..
No comments:
Post a Comment