Iklan

Jul 24, 2012

Hari Ke-4 Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

"Sebenarnya saya tak reti twitter, saya tak tahu pun nak tekan apa bila buka twitter. Saya buka akaun twitter sebab nak join peraduan jer. "


Ramadhan ke-4 di sini, selera sedikit ada dengan nasi goreng tom yam yang saya buat sendiri. Kebiasaan saya, selera akan berkurangan yang amat bila masuk sahaja Ramadhan. Masaklah apa pun, makan dua tiga suap, suapan seterusnya adalah seperti dipaksa makan. Suapan kelima mungkin yang terakhir. Jarang sangat saya berselera makan di bulan puasa.


Mujurnya hari ini, mak tidak lagi menunggu saya (pulang dari kerja) untuk menyuruh saya masak gulai atau masak lemak. Hari ini mak menyambut saya dengan ungkapan yang mengembirakan saya, 'Nasi sejuk ada banyak, buat nasi goreng sajer lah'. Yes, nasi goreng is my favourite. Dengan berbesar hati jam 6.30 petang saya sibuk di dapur memotong lobak merah, kobis bunga, dan semuanya. Siap dan duduk menunggu azan sambil menonton 'Dejavu di Kinabalu' yang semakin menjengkelkan saya.

"Kenapa nak selitkan jugak penglibatan bomoh-bomoh dalam citer moden begitu? Pastu lak, ada plak bab-bab nak bunuh diri plak! Ishhh... bencinya!"

Oh, hari pertama berpuasa, ayah seperti tahun-tahun yang lepas, siap-siap membeli daging dan menyuruh mak gulai daging. Menu sama setiap tahun setiap kali masuk Ramadhan. Sehinggakan adik ipar pun (yang nun di KL) dapat meneka menu kami dengan tepat. Gulai daging. Hahaha... Daging di sini (di rumah ini) hanya akan menjenguk dapur kami pada bulan Ramadhan dan musim haji sahaja. Hari-hari biasa, sangat-sangat jarang. Sebulan sekali pun susah nak berjumpa daging gulai mak di dapur ini. Kalau ada pun, yang dikirim / diberi oleh orang kenduri kahwin. Ayam? Lagi la.. setahun, sekali sahaja kot menjenguk periuk / kuali kami. Menu pagi raya, sebab saya lebih pandai masak ayam daripada daging, dan menu itu pula bergantung pada saya. Hehe..

"Sebenarnya mak tak makan ayam dan daging. Mak hanya makan ikan. Sebab itu di rumah kami jarang masak daging atau ayam"


Hari kedua, ayah bawa balik ketam dari pasar. Kata ayah, masak la apa-apa pun, ayah nak makan gulai daging semalam (yang masih ada). Jadi mak masak lemak cili api ketam. Ayah makan juga, sebab nak habiskan ketam tu. Saya tak suka makan ketam, sebab leceh makan ketam ni. Hahaha...

Hari ke-3, ayah suruh gulai kari pulak. Tak boleh jadi ni mak, hari-hari masak lemak. Saya membebel pada mak sambil masak. Empat ekor ikan selar kuning yang kecil-kecil itu, habis waktu bersahur. Mujur. Saya tidak sentuh sedikitpun.


Jadi, memang mujur sungguhlah bila nasi goreng yang boleh saya jamu pada hari ke-4 ini. Itulah yang mak, saya, adik dan Aisya makan. Ayah makan nasi putih dengan kuah ikan singgang dan lauk-lauk lain yang mak masak dalam portion yang kecil.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...