Puasa yang bukan dibulan Ramadhan, ada keseronokannya yang tersendiri. Oh, saya baru rasa keseronokkan yang ganjil sebenarnya. Yang tak pernah saya rasakan. Ya, dulu-dulu nak berpuasa ganti pun liat. Masa remaja. Penghujung Syaaban sahaja, baru mula berpuasa. Baru mula takut tak sempat habis ganti puasa. Padahal berbulan-bulan sebelum itu relaks sahaja, tak makan seharian pun masih tak teringin nak berpuasa ganti. Dah penat dengar mak membebel, baru terhegeh-hegeh berpuasa, seharian melepek sahaja kononnya puasa sangat. Hahaha...
Masuk Ramadhan, dah semua berpuasa, wajib pula tu, ok la pulak kan. Tapi kadang-kadang yang wajib itulah, yang selalu itulah, terbiasa hinggakan kadang-kadang niat berpuasa pun boleh lupa. Minggu pertama, ingat lagi setiap kali lepas sahur untuk niat. Lama-lama, dah mari lupa dah. Kalau zaman budak-budak dulu, setiap kali lepas sahur, mak pun laungkan dari dapur, 'niat puasa jangan lupa!'. Dah jadi mak budak ni, kita pula yang nak kena ingatkan anak dara seorang tu. Tapi tu la, kebiasaan tu menyebabkan ada langkah yang tertinggal. Macam solat juga, adakalanya pada rakaat pertama elok lagi baca makna bacaan dalam hati, masuk rakaat seterusnya dah tak sedar apa dah, sedar-sedar dah bagi salam.
Minggu lepas saya mula berpuasa. Niatnya nak ganti yang banyak hari tu, sambil temankan mak berpuasa. (Padahal mak berpuasa di rumah, saya di pejabat). Ketika hari pertama berpuasa itulah, tiba-tiba rasa seronok berpuasa. Pertama, tak perlu hiraukan perut yang lapar pada jam 10 pagi. Kedua, tak perlu fikir nak makan apa untuk lunch. Ketiga, seronoknya meng'google' resepi dan menikmati gambar-gambar makanan, sambil memikirkan nak makan apa untuk berbuka nanti. Berfikir tentang makanan adalah suatu nikmat sebenarnya. Nak buat itu, nak buat ini, tapi akhirnya makan meehoon goreng sahaja ketika azan maghrib berkumandang, berteman segelas besar air 'red date with longan' panas yang menenangkan itu. Nikmatnya ahh...
Bagusnya berpuasa bukan bulan Ramadhan ini, pada masa yang lain sibuk dengan macam-macam hal, samada hal makan, kerja yang mengejar, klien yang marah-marah, kita jadi sedar diri yang kita berpuasa sedangkan mereka-mereka tidak berpuasa. Jadi perlahan-lahan kita sabar, kita jadi cool, kita tak jadi nak marah. Itu yang baru saya rasa. Yang tidak saya rasakan pada bulan Ramadhan ketika semua orang berpuasa. Puasa ini mengajar saya menjadi tenang.
Rabu lepas, seorang teman (lelaki) bersungut di ruang chatting apabila saya terpaksa menolak ajakannya untuk menemaninya ke jamuan open house. Sejak hari selasa saya terpaksa menolak rezeki itu, ianya bukan rezeki untuk saya. Rumah terbuka berderet sehingga khamis dan sekalipun tidak dapat saya temani dia. 'Maaf, saya berpuasa lagi', hanya itu alasan saya.
'Nak ajak dating pun kurang selesa'
'La.. kenapa?'
'Dah awak puasa'.
Dalam hati, 'Alhamdulillah..'. Ini baru betul-betul nikmat puasa. Dan saya mula berazam untuk merajinkan diri berpuasa sunat selepas-selepas ini. Insya-Allah.
Kan...saya notice kalau puasa ganti atau puasa di luar bulan puasa..memang ada cabarannya. As for me, saya pastikan tak terlupa niat puasa sebab kalau niat, macam dijampi-jampi perut tidak rasa lapar dan smooth saja walaupun saya hanya bersahur dengan tiga biji kurma dan segelas susu atau air putih...ok Su, selamat meneruskan puasa ya...:)
ReplyDeleteYes... bila puasa, automatik tak der lapar sgt, ok jer membawa ke petang. tapi, kalau tk puasa, skip breakfast atau lunch jer, perut lapar mendidih-didih pedihnya.
DeleteTq LW. :)