Iklan

Sep 19, 2012

Hujan Pertengahan September


Bismillahirrahmanirrahim...



Sejak awal September lagi, hampir setiap petang hujan turun, sedang pagi matahari cantik bersinar dan tengahari panas terik. Tapi hujannya sekejap-sekejap sahaja. Adakalanya tak sempat basahpun tanah bawah pokok kacang belakang rumah.





Akhir-akhir ini, hujan dah turun macam musim tengkujuh. Lebat dan lama. Ya, memang musim tengkujuh sudah dekat. Petang semalam hujan lebat, dan renyai-renyai meleret ke pagi tadi. Selepas subuh, hantar Aisya ke sekolah, bersarapan dengan 2 keping roti dan secawan milo, baringkan sekejap tubuh yang rasa tidak larat bawah selimut tebal. Aduhhh... nikmatnya.




Memang rasa tak larat sebenarnya, bukan sebab cuaca. Adik sudah beberapa hari demam, dan rasanya demam itu melarat pula pada saya. Hidung sudah tidak selesa menarik nafas, tekak dah perit-perit, tubuh rasa letih semacam. Tapi saya gagahkan juga untuk bangun bersiap ala kadar ke pejabat. Kalau tak larat, esok saya mc.

4 comments:

  1. Salam Su,
    saya suka hujan...suka dengar bunyi hujan dan suka tengok titis air hujan di corong atap..tapi di kl ni payah nak tengok titis hujan..bestnya kalau boleh balik duduk kg..

    Wish u ok, jangan demam tau...think positive...u are positively in a good condition..saya suka guna reverse psikologi ini kalau ada sympton demam..sebab saya tinggal sorang, so everything kena manage sendiri. kalau demam habislah saya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam LW,

      Sama dengan saya, sangat sukakan hujan.. kalau boleh, nak berdiri dalam hujan, rasa air hujan menitis ke muka.. tenangnya, nikmatnya..

      Oh, saya demam teruk. 2 hari mc. lainkali nk guna reverse psikologi cara u. :)

      Delete
  2. Su,

    Saya pun suka hujan...dulu zaman remaja suka sangat main hujan. Sekarang masih suka berjalan di dalam hujan yang renyai2. Kalau saya rasa nak demam, cepat2 buat sup ayam dan makan oren. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Khairul, saya sudah demam, teruk, 2 hari.. walaupun hari2 sebelum tu, duk mengadap oren dengan mak dan ayah hampir setiap malam. tapi tak per, sakit itu penghapus dosa2 kecil.

      hmm.. sedapnya sup ayam. hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...