Bismillahirrahmanirrahim...
Mak memang ada darah tinggi, dah lama juga tapi tak tinggi sangat. Tak pernah sampai tahap kena makan ubat. Adakalanya bila cek, tekanan darahnya normal sahaja.
Tokwan, memang ada darah tinggi. Kencing manis juga. Jadi tokwan memang bergantung pada ubat. Setiap bulan, salah seorang antara cucu-cucu tokwan akan mengambil giliran membeli ubat tokwan di klinik.Orang tua macam tokwan, bab-bab makan minum memang tidak terkawal. Anak cucu juga sudah letih mengawal, dia tidak ambil peduli sangat.
Saya, dulu-dulu pernah doktor bagitau 'tekanan darah awak rendah skit ni'. Ianya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bagi saya, okay la tu asalkan tidak darah tinggi. Malah saya tidak ambil tahu pun berapa tekanan darah saya.
Kali ini, bila saya demam dan selsema bagai semua ni, dan pagi-pagi asyik rasa pening saja nak bangun tidur, doktor bagitau tekanan darah saya rendah, '100/50' pada Khamis 20hb dan 95/55 pada hari Ahad 23hb. Ya.. akibat saya demam, dan sangat tidak larat, maka saya buat sedikit research tentang low blood pressure.
Mula-mula kena tahu tekanan darah itu apa. Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada
pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota
tubuh badan manusia. Tekanan darah mengambil dua ukuran dan biasanya
diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Tekanan darah rendah apabila bacaannya kurang dari 90/60 mmHg. Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif, maka ia akan dan boleh menyebabkan pening, tubuh rasa melayang dan ringan, seterusnya mungkin pitam. Lebih-lebih kalau bertukar kedudukan dengan laju-laju, contohnya dari duduk tiba-tiba berdiri. Ia boleh mengakibatkan segalanya nampak 'hitam' sebentar atau terus pitam.
Oh ya.. sebenarnya tekanan darah rendah lebih berbahaya dari tekanan darah tinggi. High blood pressure ni ada ubat, macam emak yang kena makan ubat sekarang. Tapi low blood pressure atau hipotensi ni, hampir tiada ubatnya.
Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh
terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika
pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam
badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam
tinggi. Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu
cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah. (Sumber wikipedia).
Dan saya ada merujuk seorang kawan (doktor), 'kurang air sajer tu' jawabnya dengan nada-nada doktor yang saya tidak suka. Hahaha... Nyampah saya tau, bila doktor menjawab sambil lewa sedangkan kita risau bukan main lagi. Ok.. saya melebih-lebih disini, tak adalah risau sangat sebenarnya, cuma geram sebab pagi-pagi bangun tidur mesti rasa sakit kepala dan kekadang masa tengah mengadap sesuatu (makanan atau komputer) selalu rasa cam melayang-layang.
Antara yang disarankan untuk orang yang hipotensi ni ialah makan makanan rendah karbohidrat, seperti ikan, kerang, kacang buncis dan bayam. Makan ikan, itu memang selalu. Yang lain, jarang sebab malas nak cari kat pasar. Minum air putih bebanyak. Bakul sampah bawah meja di pejabat sekarang penuh dengan botol air mineral, lebih dari kertas. Bersenam secara teratur. Oh.. hujan-hujan begini pergerakan badan agak kurang. Atau dalam erti kata lain, malas. Hahahaha....
No comments:
Post a Comment