Iklan

Oct 24, 2012

My Instagram 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Disetiap gambar, ada cerita... hehe...

Pelangi Petang di Pantai Kelulut, Marang. Kalau diperhatikan betul-betul pelangi itu double, ada satu lagi yang kurang terang di belakangnya, yang terlindung di sebalik pokok. Itu Pulau Kapas yang nampak dikejauhan, saya anak jati Terengganu, malu hendak mengaku tapi ini hakikat, tidak pernah jejakkan kaki ke sana. Hahaha... Insyallah, tahun depan, saya akan pastikan saya ke sana.

Puding susu dengan buah naga. Kadangkala buah naga yang berbuah tidak putus itu, sudah tidak tahu bagaimana lagi hendak di buat makan. Buat air, sudah selalu. Buat kek pun pernah. Jual? Kalau kena masanya, boleh sahaja yang besar-besar RM10 untuk 5 biji atau 6 biji. Murah jer. Hehe..

Orang makan pizza, baby makan baby bites!

Puding peach, menjadi sebab nak habiskan setin peach yang sudah menghampiri tarikh luputnya. Satu masalah saya, suka bebenor beli bahan untuk buat makanan, tapi lama tersimpan. Adakalanya terbuang begitu sahaja sebab expired!

Gambar ini hendak tunjuk seluar slack itu sahaja sebenarnya. Seluar yang kembali tersarung selepas lebih 10 tahun. Satu-satunya seluar slack yang dibeli tanpa perlu dipotong kakinya, sedang elok sahaja untuk saya yang tingginya setengah inci lagi ke 5 kaki. Di beli di Pulau Pinang sekitar tahun 1997 disebuah pasaraya yang dah saya lupa namanya. Pinggang dan pinggul masih elok muatnya. Hehehe...

3 comments:

  1. Sue
    sedapnya puding tu, nak resipi..hehe!

    ReplyDelete
  2. Alahai cik abang dan cik akak... Saya ni, buat puding ke kek ke, main campak2 jer..hahaha

    Ok, saya cuba hasilkan entri resepi puding nanti.. atas permintaan.. :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...