Ogos 1999 adalah merupakan kali terakhir saya menjejakkan kaki di pulau itu. Ketika itu saya sudah bekerja, di sebuah firma swasta di Kuala Lumpur. Kerana banyaknya cerita pahit dalam hidup saya, maka saya telah membuat keputusan untuk melupakan. Kenangan, kenalan, yang manis, yang pahit, semuanya. Tahun 2007, saya pernah terserempak seorang sahabat yang pernah rapat tahun 1996 di Penang, tapi saya tertanya-tanya siapa dia, bagaimana saya kenal dia. Memang, saya betul-betul melupakan dan hampir 'hilang ingatan' tentang semua kenangan di sana.
Dalam beberapa tahun ini, baru saya punya kekuatan untuk kembali mengimbau kenangan lama itu. Dan kembali merapatkan perhubungan persahabatan dengan kawan-kawan lama, melalui facebook. Walaupun sekadar menggunakan medium alam maya, ternyata bila kita fikir positif, hasilnya Insya-Allah positif juga. Sahabat yang pernah terserempak dengan saya itu, sudah beberapa kali mengajak saya join pengembaraannya dengan suaminya (suaminya juga merupakan 'geng lepak' kitaorang dulu), tapi dulu saya seperti takut untuk membuat keputusan positif. Beberapa bulan lepas, untuk kesekian kalinya dia mengajak saya mengikuti rombongan percutian, dan kali ini saya tidak berfikir panjang lagi.
USM, menyambut saya dengan kelainan yang banyak amat. 4 Tahun di sini dulu, seperti tiada pula dalam kamus hidup saya. Sangat-sangat terasa perbezaannya. |
Ni school saya dulu. Tempat yang paling banyak memorinya saya lupakan, lupa terus. Tak ingat langsung. Apa saya belajar dulupun saya tak tahu. Betapa saya belajar untuk exam semata. Haishh... |
Saya tak sempat berjalan sangat di Penang. Pusing-pusing mengutip serba sedikit memori yang tercicir, kami kembali ke BM. Sebabnya, petang itu saya akan memulakan episod baru dalam hidup saya, menaiki bas rombongan ke Phuket, Thailand.
Saya bukannya hendak berjalan sangat sebenarnya, saya hanya mahu lari dari kebiasaan. Mencabar diri mencipta pengalaman baru. Lagipun, bila lagi kan. Ok, nanti saya sambung perkongsian saya seterusnya. Phuket, Thailand.
dapat stay kat pulau jerejak pun orait jugak
ReplyDeletehaa.. pegi la. tgk2 gambr kt internet, kt situ dh cantik sekrg..
DeleteSalam Su,
ReplyDeletewahhh bestnya jejak kampus lama kan..
saya pernah menginap di desa aman selama dua minggu beberapa tahun lalu..
Salam LW,
Deletebest.. dan sayu juga. macam terbyg2 segala yg pernah dilalui di sana dulu, walaupun dh byk kenangan yg luput dr ingtan..
kawan saya menginp kt desa aman dulu, dan disitulah saya selalu lepak. :)