Sesekali tekak ini teringin merasa coklat, setiap kali itulah saya menggagau poket mencari duit untuk beli coklat bar. Tapi biasanya keinginan sahaja yang melebih-lebih, padahal makannya sedikit sahaja. Itu dulu-dulu, zaman bergelar budak 'u', dan keadaan tertekan sebagai pelajar selalu ada. Dengan assignment, studio, projek, dengan tak faham apa-apa yang dipelajari, tak jelas masa hadapan, kawan-kawan yang adakalanya tidak membantu sebab masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri, tertekan lagi, dan akhirnya berkongsi coklat dengan kekasih hati. Hehe...
Jam 8 malam semalam, Aisya bersungut lagi tentang bila saya hendak mengajarnya membuat kek coklat seperti yang pernah saya kata. Asalnya hendak tangguhkan dulu sebab saya perlu ke bank di bandar. Tetapi selepas makan dan jarum jam sudah di nombor 9, saya teringat pula siri Merlin di TV3 pukul 10 nanti. Kalau ke bandar, sah sangat balik paling awalpun pukul 11 malam. Walaupun boleh ajer tengok di astro minggu depan, saya tak sabar nak tengok episod kali ini.
Ya, saya peminat Merlin yang comel dan kurus kering itu. Hahaha..
Maka saya batalkan rancangan ke bandar (tangguh lagi), dan ganti dengan acara membuatkan kek. Saya kongsi resepi untuk kali ini tanpa perlu ada permintaan sebab saya jamin kek ini memang sedap. :D
Sebenarnya banyak sahaja resepi ini dimerata-rata alam maya ini, malah bila saya buat kek ini baru-baru ini, saya terjumpa pula sehelai kertas yang bercetak resepi yang sama terselit celah-celah buku resepi yang banyak dalam laci di dapur. Resepi sama tapi dari blog lain. Malah, sukatan bahan juga sama.
Ok, ini serius. Sukatan bahan-bahan ini memang menjadi, tak perlu ragu lagi. Saya guna cawan metrik yer kawan-kawan. Kalau dulu-dulu, saya tak pandai guna cawan metrik ni, malah tak ada pun di rumah. Saya guna cawan biasa tu jer, jenis lama yang warna kuning yang ada piring tu. Dari zaman saya kecil, sampai ke besar panjang dan ada anak sorang ni, cawan kuning mak tu la yang biasanya saya guna untuk menyukat bahan buat kuih.
MOIST EGGLESS CHOC. CAKE
Bahan-bahannya :
1/2 cawan tepung gandum + 1/2 cawan tepung berpenaik sendiri (saya guna tepung Blue Key)*
1 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda bicarbonate*
1/2 sudu kecil garam*
2 sudu besar susu tepung *
1/2 cawan serbuk koko*
1 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air dari peti sejuk
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu kecil chocolate emulco
1 sudu kecil cuka epal
Cara-caranya:
1. Panaskan oven 160 darjah celcius atau lebih kurang mengikut oven masing-masing. Lengserkan loyang 8x4x3 inci dengan marjerin dan tabur gandum. Ketepikan.
2. Ayak semua bahan yang bertanda, gaul rata dan masukkan gula perang. Gaul lagi.
3. Masukkan minyak jagung, air sejuk, vanilla dan chocolate emulco. Kacau guna whisk sehingga tiada ketulan atau bintil-bintil. Akhir sekali masukkan cuka. Gaul hingga rasa dan sebati.
4. Tuang ke dalam loyang tadi, bakar lebih kurang 40 minit atau sehingga masak bergantung pada oven anda.
Perhatian, sukatan ini benar-benar sedang elok sahaja untuk loyang sebesar itu sahaja. Loyang itu adalah loyang yang biasa orang buat roti tu, yang panjang dan kecil itu. Saya sendiri sebenarnya terkejut bila siap semua adunan, 'laa.... skit ajer ni..'. Mujur ada loyang tu. Kalau mengikut resepi asal yang saya salin, dia menggunakan loyang 8x8, dan saya tidak tahu bagaimana hasilnya. Kali pertama buat, saya guna loyang kecil dan panjang itu. Kali kedua buat, saya gandakan sukatan dan barulah sesuai dengan loyang 8x8.
Cubalah, serius sedap. :D
Ini loyang yang sepatutnya mengikut sukatan bahan di atas. Saya google jer gambar loyang ni. |
Kek Coklat dengan air yang memberi ketenangan... serius rasa tenang jer minum air tu, Red Date with Longan. Adik saya la yang ajar minum air tu. |
Serius sedap, lembap dan tidak la berderai sangat. |
Ok.. selamat mencuba.
Salam Su
ReplyDeletenampak sedap tu, gerenti rasanya juga sedap kan. saya dah lama tak buat kek coklat yang moist ni sebab depan office saya ada stesen petronas jual mosit choc cake...jadi saya ambil jalan mudah, kalau nak makan beli je..tahan sampai seminggu dalam es box..lagipun saya lebih suka bakar kek lapis kalau nak compare dengan kek lain...
nanti februari saya nak turun KT insyaAllah..jumpa ya!:)
Salam LW,
DeleteSaya suka buat kek coklat sebab kek itulah paling mudah pd saya. Sedap pun sedap. Hehe..
Insyaallah... Harap2 boleh jumpa. Nak harap saya ke Windsor ntah bila. Kalu ke kl byk sgt acara ngan adik dan layan ank2 sedara tu!
Kalau nak datang windsor, inform je..
Deleteemail saya di ladywindsor24@yahoo.com