Iklan

Dec 10, 2012

Random I

Bismillahirrahmanirrahim...


Saya nampak banner ini digantung pada salah satu tiang di Stesen Bas MBKT awal pagi ketika sampai dari Kulim beberapa minggu lepas. Macam tak percaya.. tikus (hidup atau mati) pun sudah ada harganya. Hahaha.. Tapi di sini (Terengganu) saya tak pernah lagi tengok tikus besar-besar yang kucing tengokpun takut sebagaimana saya tengok berkeliaran dekat longkang tepi restoran atau kedai-kedai di KL.

Bersila, atas tembok di Promthep Cape sambil melihat pemandangan yang indah. Selipar merah itu, mengikut saya ke mana-mana sahaja. Sangat selesa, dan tidak pernah rasa sakit kaki walaupun banyak berjalan. Buatan Thailand, tapi beli di Terengganu awal tahun lalu dengan harga RM30 lebih. Nampak ada di Hatyai baru-baru ni dan pastilah harganya tidak sampai RM30.

Ini sahaja keychain yang sempat disambar ketika di Hatyaai baru-baru ini. Mulanya langsung tidak tertarik, tetapi kerana tiada pilihan yang lebih menarik, terpaksalah. Tup tup bila dah gantung kat kunci, nampak comel pula. Hehe..

Bila orang ber'peplum', saya juga tertarik untuk ber'peplum' sama. Padahal saya rasa selama ini saya bukanlah seorang yang uptodate sangat bab-bab pakaian ni, saya lebih suka pakai apa yang selesa tanpa mengambil kira sangat trend2 ni semua. Bila terjumpa peplum ni di pasar borong (hahahaha... kat pasar borong pun boleh ada peplum), terus sambar satu. Sebenarnya untuk buat contoh jer, nak jahit peplum sendiri kononnya. Bila pakai, terasa macam 'fatin suhana' pulak. Hahaha...

Bosan-bosan sesorang di pejabat, saya edit gambar dengan PicsArt di telefon. Cantiknya, macam lukisan jer kan.

Kerja agak banyak. Dan dalam keadaan sedikit tertekan (sebab kerja). Tak suka.. :(



4 comments:

  1. Salam Su,
    gambar yang ke empat tu..macam mana nak buatnya ya..cantik sangat..ke kena ada phone macam Su?
    Kalau tahu buat, banyak gambar saya nak buat gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam LW,
      Instagram jer tu. Semua edit kat instagram jer, kecuali yg last tu, guna PicsArt. Instagram tu senang jer nk guna, cuma kena install kat android la. Su pun main hentam jer.. hahaha.

      Delete
  2. Tiba-tiba saya rasa nak jadi pemburu tikus professional :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua ringgit seekor itu lumayan kan... Dah boleh cover sebungkus nasi lemak utk satu pagi!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...