Bismillahirrahmanirrahim...
Lida bersedia untuk berubah, kembali menjadi Lida yang dulu-dulu sebelum diikat ijab dan kabul dengan Doktor Aqmar Aziz. Sharifah Nuur Khalida itu sedang belajar untuk redha menerima takdir Tuhan yang menguji. Dan kerana itu tiba-tiba dia rasa menyesal kerana menolak pelawaan si suami untuk menemaninya ke Ottawa, dia jadi rindu pula bila berjauhan begitu.
Aku terus ralit membaca helaian demi helaian. Mukasurat demi mukasurat. Sambil duduk dibirai katil bujang. Baru sahaja tadi aku menghantar Aisya ke sekolah, dan telah mengisi kekosongan perut dengan dua keping roti Gardenia yang disapukan mentega kacang Sunbear. Ya.. aku suka juga mentega kacang itu. Itulah, siap menempek serba sedikit krim muka, aku capai novel tebal itu menyambung bacaan malam tadi sambil menunggu krim menyerap. Dan terus ralit. Sementara jam terus berdetik.
Sementara di Ottawa, Aqmar Aziz sedang digoda kekasih lama! Yang gedik! Yang digambarkan bagai langit dengan bumi sekiranya dibandingkan dengan Sharifah Nuur Khalida. Seperti watak perempuan penggoda dalam drama-drama melayu di kaca televisyen. Seksi, merayu lelaki dan tak tahu malu. Yang peliknya, Aqmar Aziz pula seolah-olah tiada pilihan lain. Mengikut sahaja telunjuk perempuan yang terlebih sosial itu. Aku selalu rasa pelik kenapa lelaki selalu digambarkan begitu, seperti tiada pendirian bila digoda perempuan seksi, dan jahat!
Aku jeling jam ditangan , 8.20 pagi. Aku bangun dan mengadap cermin semula. Tempek pula BB krim SimplySiti. Sambung bacaan sekejap sebelum buat sentuhan terakhir, tempek bedak.
Aqmar Aziz tiba-tiba jadi rindu kepada isterinya yang jauh, apabila terus-terusan dirayu bekas kekasih lama yang pernah memutuskan hubungan dengannya dulu, yang pernah menyebabkan dia jadi nanar. Dan Lida dirumah, tidak melafazkan ungkapan rindu kerana tersilap menjawab panggilan telefon Aqmar di ruang tamu. Malu pada ibu mertua yang ada bersama. Sedang Lida membilang rindu, mengira waktu... Haslinda menerima panggilan daripada Aqmar Aziz.
Aqmar Aziz nak kahwin lagi!!!
Aku berhenti membaca. Aku selitkan penanda buku Ana Muslim yang Aisya bagi. Aku bersiap-siap, keluar bilik, keluar rumah, masuk kereta dan berdesup ke pejabat. Aku rasa nak menangis kerana kasihankan Sharifah Nuur Khalida yang baru ada semangat untuk meneruskan hidup. Aku jadi marah pada Aqmar Aziz yang kononnya takut jadi apa-apa antara dia dengan bekas kekasihnya. Kalau kamu tak nak, takkan jadi la bodoh! Berkahwin bukanlah penyelesaian!! Aku jadi sakit hati. Aku tahu penamat novel itu sebab aku dah belek-belek mukasurat terakhir, tapi bahagian itu aku tidak berapa boleh terima. Aku tidak kisah Aqmar nak kahwin lagi, tetapi Lida??
Teruknya aku. Novel cerita tak betul itu pun aku ambil hati.
masih tercari2 masa utk membaca novel mcm dulu2... huhuhuhu
ReplyDeletesaya pun curi2 masa tu, kekdg novel yg boleh dihabis 2,3 hari, saya plak seminggu dua baru dpt habiskan.. hehe
DeleteHehehe....thats the power of reading. Teruskan membaca :)
ReplyDeleteNovel macam ni baru betul, can make the reader terlebih2 beremosi.. hahahaha...
Deletesu
ReplyDeletesaya dah baca novel tu..memang asyik dan macam yakin watak2 itu wujud..saya sampai la ni suka pada watak Dr Zainur yg di Kota Bharu tu..menurut penulisnya, watak Dr Zainur itu diangkat daripada watak sepupunya yg memang bertugas sebagai doktor di KB..dan saya juga suka watak Sharifah Khalida tu..emo juga baca novel Suraya Adnan Salehuddin ni..
LW, awal2 pembacaan, saya tak suka bila nama penuh watak disebut berulang-ulang. Sedangkan saya memang 'hantu' novel2 Noor Suraya. Jarang novel dia mengecewakan saya. Tapi, masuk part 2, saya dah hanyut dengan emosi. Saya jadi 'geram' dengan Noor Suraya sebab berjaya menggugat emosi saya sebegitu sekali hanya dengan ayat-ayat dlm novelnya.
Delete