Iklan

Feb 14, 2013

Hari-Hari Itu

Bismillahirrahmanirrahim....

Sejak akhir-akhir ini, dalam kesibukan kerja dan kesuntukan waktu sentiasa, aku rasa bosan. Aku rasa bosan dengan hidup yang begini, tetapi hidup beginilah yang aku lalui hari-hari. Hari-hari, yang ada sekeliling aku adalah orang-orang yang sama, perkara yang sama, suasana yang sama, dan dilalui pula berulang-ulang. Aku cuma berharap aku tidak termuntah kerana bosan!


Setiap khamis petang, Aisya ada latihan tae kwan do di sekolahnya. Terima kasih kepada guru besar sekolah yang baru, macam-macam aktiviti ada kat sekolah sekarang. Tapi bolehkah dia pandai dalam tempoh setahun? Tahun depan dah UPSR!!

Langit biru petang itu. Balik dari kerja, aku terus ke sekolah dan menunggu lebih kurang 1/2 jam. Malas hendak pulang dulu dan keluar semula, walaupun jarak antara sekolah dengan rumah tak lah jauh mana.

Aku dah bosan, tetapi begini caranya Tuhan berikan rezeki untuk aku, maka aku redha. Untuk memberi warna pada hidup yang bosan, aku tahu aku kena berbuat sesuatu. Mencari kawan-kawan baru misalnya.

Jam 5.30 petang, pulang menuju ke arah matahari jatuh. Silaunya tak boleh bukak mata! Jalan jem begini, sedikit ujian atau masa yang Tuhan berikan supaya kita beringat untuk bersabar. Apalah sangat jem kat kampung kan. :D

Ada pengesyoran supaya aku mencari kawan-kawan baru. (aku memang tak ada tak ramai kawan!) Dan aktiviti baru.

Ya.. aku sedang berusaha.

4 comments:

  1. dalam cuaca cerah pun boleh jem, yer.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada waktu tertentu sajer jem kat situ... dr jam 5.30 - 6 ptg hari2 bekerja, dan hari raya.. tak kira panas atau hujan.. :D

      Delete
  2. Sue
    banyak benda boleh buat untuk jadikan hidup ceria su...sekurang2nya sue ada ayesha..

    saya nak masuk kelas scuba diving start bulan depan insyaAllah.

    Lwindsor

    ReplyDelete
    Replies
    1. LW,
      Alhamdulillah.. dia peneman seumur hidup.. hehe..

      wow, hebat. jgn macam saya sudah, masuk kelas berenang hanya separuh jalan. tak sempt pandai pun! hangat2 tahi ayam betul... hahaha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...