Memang permulaan tahun ini nampaknya tidak berjalan dengan baik. Bermula dengan mimpi yang kurang menyenangkan dua malam berturut-turut, disusuli kerja yang tidak berkesudahan. Satu persatu pula masalah timbul. Aku tidak mengeluh, tidak bersungut. Malah aku cuba menerbitkan semangat dengan menukar kedudukan meja di pejabat, dan menambah perabot. Sedikit, tetapi perubahan itu memberikan sedikit juga semangat baru.
Sedang dalam kepala, banyak sungguh rasanya beban yang tidak nyata dan jelas di mata. Tentang Aisya terutamanya. Menjadi ibu tunggal, sebenarnya tidak semudah dan sebebas yang sesetengah orang bayangkan. Dalam banyak hal, kita kena membuat keputusan sendiri, seorang diri. Aisya seperti sedang menjadi tikus makmal, sebagaimana aku selalu mengandaikan seorang anak sulung memang menjadi tikus makmal kepada ibu dan ayahnya.
February agak menyenangkan. Hidup memang perlu diteruskan selagi Tuhan memberi pinjam nyawa. Jadi kena pandai-pandailah urus kehidupan yang 'kosong kosong oo oo', macam kata si Najwa Latif tu. Jadi apa kata, untuk memberi makna pada hidup, kita hargai alam pula, atau bab kata orang putih, appreciate mother nature. Caranya? Seperti berikut....
Berkelah! Lamanya meninggalkan aktiviti begini, lebih-lebih di kawasan air terjun! |
Berkelah beramai-ramai bila masing-masing ambil peluang cuti panjang bila waktu raya bangsa lain. Tak sempat ambil makanan segala sebab semuanya tak sabar nak mandi. Airnya sejuk cam air batu! |
Begitulah hari minggu yang bermakna. Maka lainkali boleh ulang buat lagi.
Sekian.
Assalam, Aya Yus
ReplyDeleteTerima kasih singgah ke rumah Pak Temuk. Izinkan ziarah balas Pak Temuk ini.
Cantiknya pemandangan dalam gambar-gambar yang Aya Yus paparkan. Bagi Pak Temuk, kawasan hutan, bukit, dusun, tasik, apatah lagi pantai, memang menjadi penenang fikiran. Syaratnya, kita mestilah mampu menenggelamkan diri kita sepenuhnya ke dalamnya. Dan mengatasi itu semua, perlulah kita resapkan benar-benar keseluruh minda dan hati kita rasa hebatnya Allah yang mencipta segala-galanya.
Waalaikumussalam Pak Temuk,
DeleteSinggahlah selalu pak, rumah ini sentiasa bebas diziarahi, bila2 masa. :)
Ya betul.. kena pandai menjiwai kehebatan ciptaanNya, baru rasa tenang itu hadir. Ada waktu2nya pergi bercuti jauh2 pun, kalau jiwa tidak tenang, tidak jadi apa juga malah mungkin lebih tenang dirumah sendiri. Kan, pak.
Wahhh..bestnya berkelah. Dah lama rasanya saya tidak gi picnic ni..seingat saya yang terakhir adalah pada 2011 di sebauh sungai di Perak. Best sangat.
ReplyDeleteHehe.. best kan. Ni pun saya dah lama tk pegi berkelah. Biasanya dulu2, selalu juga berkelah di tepi pantai tu.
Deleteko suka piknik...?!
ReplyDeleteaku suka window shopping, di shopping komplex - ada aircon, takdak nyamuk. hehehe
hahaha... aircond tk baik utk kesihatan! setkt sedekah darah kt nyamuk dua, tiga titik.. pahala tu! hahaha...
Deletecantiknya pemandangan sungai tu. bleh share tak kat mana tempat tu? tenang sungguh bila tengok dlm pic tu...
ReplyDelete