Iklan

Feb 24, 2013

Aku Marah dan Aku Makan Banyak

Bila aku marah, memakan dengan banyak seolah tidak tahu erti kenyang, adalah sesuatu yang berlaku pada aku. Ianya adalah suatu nikmat pada aku sebenarnya, sebab aku memang seorang yang susah untuk makan banyak, seorang yang cepat kenyang. Perut aku kecil barangkali. Usus pun mungkin tak panjang mana. Hahaha... Untuk bertemu keadaan itu, ibarat menunggu cicak jatuh dari siling. Ada, sesekali dan jarang.


Dan seperti tadi, selepas menghabiskan sepinggan nasi dagang jam 11 pagi lebih kurang, aku boleh pula menyambung dengan mee hoon sup jumbo pada jam 1.00 tengahari. Kalau hari-hari biasa tanpa perasaan marah yang membuak, jangan harap aku dapat makan begitu!


Oh.. ianya bagus untuk aku yang sedang merancang untuk gemuk sedikit. Aku benci bila orang menegur, 'Kurusnya!'. Eh.. adakah ini bererti aku kena selalu marah? Supaya aku dapat makan banyak dan lambat rasa kenyang?


Ishh.. teringat carekarama malam tadi, 'Jangan Ganggu Aku'. Perasaan marah memberikan idea untuk menghasilkan lukisan yang terbaik. Bahaya wooo...


2 comments:

  1. pernah makan nasi dagang ketika beraya d rumah kawan di Temerloh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh... di sini, bagi sesetgh org, makan nasi dagang setiap hari pun tak per. dan memang ianya menu sarapan yg wajib ada di mana2 kedai makan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...