Iklan

Aug 29, 2013

Semangat Kemerdekaan Dulu-Dulu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Dulu-dulu kami tidak menunggu jam 12 tengah malam untuk melihat letupan mercun bunga api terang benderang di angkasa raya. Malah aku pasti sekitar tahun 80-an itu, mercun bunga api itu belum begitu terkenal lagi. Jam 12 tengah malam, kami telah lama rebah atas lembek nipis berbungkus selimut cap 333 Sparrow yang berjalur merah jambu atau hijau atau biru yang sudah nipis dan lusuh. Kami tidur awal, kerana esoknya hari Merdeka. Hari Merdeka kena bangun awal sebab ada perarakan hari Merdeka di televisyen hitam putih kami. Malah bila ayah tukar televisyen warna dengan televisyen hitam putin itu, kami lagi bersemangat. Semangat dapat melihat bermacam-macam warna dalam perarakan di Dataran Merdeka yang disiarkan secara langsung ke tv itu. Begitulah bersemangatnya kami.


Aug 28, 2013

Kebahagiaan Tidak Boleh Dibeli, Tapi...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

...buku boleh dibeli yang juga membawa bersamanya kebahagiaan. Maka kita mendapat dua perkara sekaligus disitu, iaitu buku dan juga kebahagiaan. Ianya seperti beli satu, dapat satu percuma yang tidak boleh dibeli di mana-mana, tidak juga di jual di mana-mana.

Sejak bergelumang dalam dunia Goodreads, aku suka sekali mengulas tentang buku-buku yang baru aku baca di situ. Tapi buku-buku yang dah lama aku baca, aku cuma bagi bintang. Untuk mengulas, aku sudah tidak ingat jalan cerita. Hampir setiap hari juga aku lepak di situ. Sesekali baca review pembaca tentang novel-novel yang mereka baca. Maka, banyak la pula buku-buku yang teringin aku nak baca. Dari situ akhirnya aku membuat keputusan membeli secara dalam talian buku Nadia Khan, Kelabu dan Cerpen. Kelabu tu, kebanyakan review macam sangat menarik dan hampir kesemua yang memberi bintang adalah tidak kurang dari 4 bintang. Sekali order, tak berbaloi pula satu sahaja. Aku tambah lagi dengan Cerpen, juga karya Nadia Khan. Sekali bila baca sinopsis kat belakang buku, ada perkataan 'RETIS' yang ditulis selamba tanpa ada tanda '...', maka aku sedikit kecewa disitu. Aku tidak suka penulis yang merosakkan bahasa.

Berbalut lagi bukunya, tak berapa sempat dilayan sebab tengah sibuk berkepit dengan buku-buku hasil pinjaman kat perpustakaan awam.




Semenjak jatuh cinta dengan Ramlee Awang Murshid pula, silih berganti dan satu persatu buku-buku dia aku kepit. Orang lain dah khatam lama, aku baru nak merangkak satu persatu. Ingat nak beli sahaja, tapi bila difikir-fikirkan semula, mungkin tidak perlu. Buku dia mudah didapati di mana-mana. Malah di Perpustakaan Awam itu juga. Cuma mungkin untuk novel dia yang sangat-sangat menarik, aku akan buat koleksi juga nanti. Seperti Bagaikan Puteri, yang ada novel-novel sambungannya. Hatiku Di Harajuku, aku baca sebelum Bagaikan Puteri. Dan sekarang Adam sedang menunggu dalam senarai. Sabar, sebab aku sedang menghabiskan antologi cerpen Awang Had Salleh. Cerpen-cerpen lama sekitar tahun 1970-an hingga 1990-an. yang dibuku oleh DBP. Oh, aku sangat suka membacanya, malah aku suka ulang-ulang baca ayat-ayat yang kadangkala sukar difahami. Kerana kegilaan aku, kali ini aku pinjam dua buah antologi cerpen. Satu lagi karangan Khadijah Hashim sedang menunggu giliran.


Mungkin aku ni oldschool, sukakan novel-novel lama, cerpen-cerpen lama, karangan orang lama-lama. Aku juga suka ulang baca buku-buku cerita lama, yang bersusun dalam kotak. Sayangnya beberapa buah buku yang masih aku ingat, antaranya Odah, Laila Azwa Gadisku, Badai Semalam (cetakan pertama), sudah hilang entah ke mana. Aku rasa sepupu-sepupu aku pinjam dan tidak pulangkan. Ini jer la yang masih ada. Oh... ada juga antaranya yang aku tertinggal dalam bas sekolah sekitar tahun 1990-an. Sebenarnya hampir kesemua buku-buku lama ini kepunyaan kakak, yang mana menurut cerita emak, ayah dulu suka layan permintaan kakak nak beli buku cerita. Novel remaja di bawah antara novel yang banyak mengajar aku untuk mengarang cerita sendiri. Kononnya dulu kan nak jadi penulis. Enid Blyton pula banyak memberi idea untuk aku berangan-angan. Hahaha.. Antaranya, nak memiliki kuda sendiri dan menunggang kuda ke sekolah. Huh?? Hahahaha....













Aug 25, 2013

Malaikat Maut Datang Tak Perlu Dijemput, Tidak Bernotis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Minggu yang lepas, seorang kawan lama aku telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Aku hanya mendapat tahu berita tersebut melalui status kawan kami di facebook.

Innalillahi wainnailaihirojiun. DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Aku sebenarnya tidak add friend pun arwah sebab aku sebenarnya lupa sama sekali bagaimana kerapatan kami dahulu. Seriusnya dengan hampir kesemua kawan-kawan aku semasa di universiti dulu, aku seperti hilang ingatan tentang kenangan kami. Hanya ada sedikit-sedikit sahaja seperti imbasan yang mengingatkan aku bahawa aku pernah rapat dengan orang itu, orang ini, termasuk dengan arwah. Tapi rapat yang bagaimana, aku langsung tiada ingatan tentang itu.

Sejujurnya juga, walaupun semenjak Ramadhan sehingga Syawal sekarang, hampir setiap hari ada kemalangan yang mengakibatkan maut, bila maut itu melibatkan seorang yang aku pernah kenal (rasanya pernah rapat sebagai kawan sekursus), aku terkejut sangat. Dan keterkejutan itu ditambah kerana kematian itu akibat serangan jantung, bukan sakit yang sudah lama. Ianya satu peringatan barangkali, bahawa kematian yang pasti itu, memang datang tanpa sebarang notis.

Jadi, aku nak mengingatkan diri sendiri dan semua, BERSEDERHANALAH DALAM MAKAN MINUM KITA, dan INGATLAH UNTUK RAJIN-RAJIN BERSENAM. 
 






Aug 20, 2013

Salam Lebaran 1434H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Lamanya tak menconteng di sini. Lama juga tak menjenguk blog kawan-kawan. Sebab cuti hampir dua minggu, maka dua minggulah bercuti dari menerawang di internet. Paling tidak pun, hanya menjenguk fb, instagram dan ber'whatsapp' sahaja. Maka hasilnya dalam 'feedly' aku la ni, ada seratus lebih unread articles dan blog post.

Bila masuk kerja, dicelah-celah kerja yang perlu diselesaikan, aku selitkan sedikit-sedikit ruang untuk mengadap blog, dan menaip di sini. Kononnya, supaya tidak mengantuk, dan bosan.

Secara ringkasnya, buat catatan diri sendiri, aku nak senaraikan jugak apa yer agaknya aku buat / rasa sejak hampir 2 bulan lamanya aku tak menjenguk di sini.

1. Orang tengah cerita dan sebut pasal jihad, maka aku harap Tuhan terima serba sedikit segala rasa hati, perlakuan, dan lisan aku sebagai jihad kecil, menentang nafsu Syaiton yang direjam. Amin. Hanya itu yang termampu, kerana aku tidak mampu untuk berjihad di medan perang menentang kezaliman mereka yang tidak takut pada-Nya.

2. Bulan puasa tahun ini, aku hanya sekali ke bazar ramadhan. Itupun hanya di kampung sendiri. Bazar ramadhan depan opis, aku hanya menjeling saat nak masuk ke dalam kereta jam 4.30 petang. Bazar di Terengganu tak menarik di mana mana sekalipun, makanan yang dijual sama sahaja, nasi beriani yang sangat kering, kerabu yang dah masam campur dengan semalam punya, sata yang hangus dan lebih rasa hampas kelapa daripada ikan dan kuih muih yang manis 'meleting'.

3. Membazir, amalan syaitan dan dikatakan menjadi sahabat syaitan. Tapi untuk yang ini, agak sukar melarang ayah daripada membeli dan akhirnya membazir (mujur ada banyak ayam, boleh diberi makan kat ayam-ayam itu). Kata ayah, dia tak sampai hati tak nak beli apabila peniaga-peniaga di bazar ramadhan yang memang kenal ayah, duk panggil-panggil. Rasa kesian katanya. Itu yang konon nak beli ketam 3 ekor, akhirnya jadi 5 ekor. Sebab orang yang menjual tu cakap 'Mu nok buat mende 3 ekor jer'. Hahaha....

4. Syawal kelam kabut sikit tahun ini, last minute shopping baju raya, dua hari sebelum raya daripada pagi ke petang duk bakar biskut raya, malam plak ngemas rumah, malam raya masak untuk pagi raya, hari raya letih gila, malah petang raya aku sempat lelapkan mata sekejap. Hehe..

5. Boss tiba tiba baik dicampur terpengaruh dengan memo makluman cuti raya daripada consultant lain, maka diberinya kami cuti raya yang sama dengan consultant itu. Terima kasih banyak-banyak atas memo tersebut. Maka kami bercuti panjang sehingga habis cuti sekolah.

6. Apa nak buat bila diberi cuti panjang begitu? Itulah yang bermain kat kepala aku masuk sahaja minggu ke dua cuti. Maka aku buat senarai apa yang hendak aku buat. Potong rambut, buat kek coklat atas permintaan anak saudara, pergi hantar dan pinjam buku kat public library, geledah gobok baju, kemas dan asingkan baju-baju yang tak pakai sebab tak muat, tak selesa atau dah buruk, ubah susunatur perabot dalam bilik (lagi), dan khatamkan magazine yang bulan lepas punya.

7. Aku takut betul la bunyi mercun yang orang selalu main bila ada sebarang perayaan tu, yang cantik tu la. Dari jauh, memang cantik gila kita tengok. Tapi kalau dari dekat, dada aku berdebar semacam. Hari tu adik ipar aku pasang yang 49 das rasanya, ada yg tak naik tapi meletup kat bawah. Lintang pukang kitaorang lari. Aku rasa aku la yang paling takut berbanding ngan anak-anak saudara. Hehe..

8. Raya tahun ni banyak sangat cerita hantu di tayang kat tv, samada astro atau tak. Of course la citer kat astro dia duk ulang ulang berkali kali. Aku sendiri tak terkira citer Istanbul Aku Datang berapa kali diulang tayang. Aku rasa lebih 5 kali dalam seminggu. Then satu malam tu, semua duk tayang cerita hantu at the same time. Pontianak Menjerit la, Hantu Kak Limah la, Di Sini Ada Hantu kt tv9, Al Hijab, Khurafat lagi... aduhhh.. macam-macam jenis hantu ada.

9. Citer pasal cerita hantu, baru-baru ni kononnya nak tengok la cerita 'Janin Emas' kat channel mana ntah, tapi tak boleh tengok! Sebabnya.. banyak sangat benda kena komen dalam citer tu, yang aku rasa tak logik. Yang aku hairannya, pesal kalau citer hantu, seram-seram, diaorang kena buat rumah macam tak cukup lampu, jiran tetangga macam tak wujud, pastu langsung tak reti nak mengucap ker, baca ayat-ayat suci ker.. Arghh, tekanan sungguh tengoknya! Takut tu satu hal dah. Hahaha...

10. Macam biasa, selepas suatu tempoh tertentu, aku selalu timbul idea nak buat sesuatu, semacam azam baru la. Ye... azam aku bukan azam setiap awal tahun sahaja. Jadi lepas raya ni, pertamanya aku terfikir nak perbanyakkan meninggalkan komen di blog-blog yang aku baca. Ya, selama ni aku banyak jadi silent reader jer kat mana-mana. Ye la... terasa juga aku bila dah bertahun-tahun baca blog seseorang tapi si penulis blog tak kenal pun aku! Hahaha....  Dan yang keduanya, aku nak banyakkan update status kat facebook. Errr.. hehe. Ini disebabkan aku rasa dan perasan, kalau kita duk berbalas komen kat facebook, kita akan lebih mesra dengan kawan-kawan yang jauh di mata atau yang tak pernah jumpa since school or university. Ye la.. aku kan cam loser sikit, tak ramai kawan. Hahaha...

Ok, itu sahaja la update tentang hal aku serba sedikit untuk peringatan diri sendiri. So, kepada yang kenal diri ini, walaupun hanya kenal sebagai Su @ Aya of worldsaroundme.blogspot.com, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin, dengan pesanan ringkas 'Bertimbangrasalah Kita di Jalan Raya Sepanjang Masa Bukan Musim Raya Sahaja' dan 'Berpada-padalah Kita Semasa Makan-Makan di Open House/Office - Cegah Sebelum Parah'. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...