Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Minggu yang lepas, seorang kawan lama aku telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Aku hanya mendapat tahu berita tersebut melalui status kawan kami di facebook.
Innalillahi wainnailaihirojiun. DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.
Aku sebenarnya tidak add friend pun arwah sebab aku sebenarnya lupa sama sekali bagaimana kerapatan kami dahulu. Seriusnya dengan hampir kesemua kawan-kawan aku semasa di universiti dulu, aku seperti hilang ingatan tentang kenangan kami. Hanya ada sedikit-sedikit sahaja seperti imbasan yang mengingatkan aku bahawa aku pernah rapat dengan orang itu, orang ini, termasuk dengan arwah. Tapi rapat yang bagaimana, aku langsung tiada ingatan tentang itu.
Sejujurnya juga, walaupun semenjak Ramadhan sehingga Syawal sekarang, hampir setiap hari ada kemalangan yang mengakibatkan maut, bila maut itu melibatkan seorang yang aku pernah kenal (rasanya pernah rapat sebagai kawan sekursus), aku terkejut sangat. Dan keterkejutan itu ditambah kerana kematian itu akibat serangan jantung, bukan sakit yang sudah lama. Ianya satu peringatan barangkali, bahawa kematian yang pasti itu, memang datang tanpa sebarang notis.
Jadi, aku nak mengingatkan diri sendiri dan semua, BERSEDERHANALAH DALAM MAKAN MINUM KITA, dan INGATLAH UNTUK RAJIN-RAJIN BERSENAM.
No comments:
Post a Comment