Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Dulu-dulu kami tidak menunggu jam 12 tengah malam untuk melihat letupan mercun bunga api terang benderang di angkasa raya. Malah aku pasti sekitar tahun 80-an itu, mercun bunga api itu belum begitu terkenal lagi. Jam 12 tengah malam, kami telah lama rebah atas lembek nipis berbungkus selimut cap 333 Sparrow yang berjalur merah jambu atau hijau atau biru yang sudah nipis dan lusuh. Kami tidur awal, kerana esoknya hari Merdeka. Hari Merdeka kena bangun awal sebab ada perarakan hari Merdeka di televisyen hitam putih kami. Malah bila ayah tukar televisyen warna dengan televisyen hitam putin itu, kami lagi bersemangat. Semangat dapat melihat bermacam-macam warna dalam perarakan di Dataran Merdeka yang disiarkan secara langsung ke tv itu. Begitulah bersemangatnya kami.
Salam merdeka
ReplyDeleteSalam Merdeka Syawal, sepa!
Deletebeza dulu dgn skrg kan kak
ReplyDeleteyer... beza sgt, dan akak selalu merasakan mereka yg lahir sezaman dgn akak adalah antara yg bertuah.. hehe
Delete