Iklan

Sep 30, 2013

Cerita Tentang Mencari Gula, Lelaki Berkacamata Hitam dan Paha Ayam Belanda

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Dengar berita, harga gula akan dinaikkan. Bagi mengelakkan kenaikan jumlah penghidap kencing manis katanya. Aku agak, tidak lama lagi, seperti dulu-dulu, gula-gula akan susah untuk didapati. Sama ada disorokkan atau memang tidak ada. Sekarang harga gula 2.50 untuk sekilo.


Sebelum harga gula naik 20 sen, 30 sen atau 50 sen, aku nak juga simpan stok gula. Biasanya gula banyak sahaja di rumah, ada berkilo-kilo sebab selalu bila buat makan-makan, orang-orang perempuan akan datang membawa plastik berisi gula paling kurang 2kg dan biskut kering empat segi sebungkus seorang untuk diberikan kepada tuan rumah. Adat bertandang, tidak jadi dengan tangan kosong. Tapi sudah lama tidak membuat acara makan-makan, maka kuranglah stok gula di rumah.


Maka, kereta aku turut sama merangkak-rangkak dalam barisan kereta mencari parkir dikosongkan di kawasan parkir kereta Mydin Mall petang sabtu lepas. Petang, kononnya dianggarkan orang tidak ramai tetapi ramalanku benar salah belaka. Kemudian, berbaris-baris pula dengan troli berisi tak banyak mana pun barang berbanding orang lain, untuk sesi membayar.


Disitulah cerita perihal lelaki berkacamata hitam timbul. Dia berdiri dengan trolinya di depan seorang perempuan dengan trolinya, dan aku, di belakang perempuan tersebut dengan troli aku. Dia agak segak, di tambah dengan kacamata itu. Tetapi aku terfikir-fikir, mudahkah dia memilih barang dengan berkacamata hitam? Itu persoalan pertama. Trolinya tidak sepenuh troli orang lain. Barang juga tidak pelbagai. Tapi setiap barang ada banyak bilangannya. Ada berpaket-paket keju keping. Ada dua bungkusan besar gedabak mungkin 5kg sebungkus tomato segar. Melihat itu, aku berteka-teki bahawa mungkin dia penjual burger. Itu persoalan kedua. Kemudian aku lihat ada juga seekor ayam besar (whole chicken) di dalam plastik lutsinar.


Dan, ada berketul-ketul 'sesuatu' yang seperti paha ayam, tetapi bersaiz besar. Aku agak itu mungkin paha ayam belanda. Tetapi untuk apakah? Ketika dia menyusun barang-barang itu di atas kaunter, aku yang penuh dengan tanda soal di kepala ini berpura-pura melihat-melihat bateri di sebelah kaunter, sambil mata menjeling-jeling dan tangan meraba-raba. Yer, betul paha ayam belanda. Ada ditulis pada tag price. Markah penuh untuk diri sendiri. Tetapi ada persoalan baru, untuk apakah?


Ya, begitulah kami (aku dan adik aku sebenarnya). Sehingga hari ini, kekadang persoalan itu masih timbul dicelah-celah celoteh kami ketika di dalam kereta. Lelaki berkacamata hitam yang agak kacak itu, hendak buat apakah dengan tomato yang banyak, keju yang berpaket-paket, seekor ayam besar dan berketul-ketul paha ayam belanda?





5 comments:

  1. Su..
    rasanya lelaki berkaca mata hitam tu nak buat chicken grill with bake potato..arghh lapo la pulop memalam neh...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... Persoalan akhir tu sis, turkey punya paha tu, berketul2.. nak buat aper?

      Chicken grill with bake potato.. hmm... bunyi cam sedap. Err.. u buat ker? Nak jugak, u masak sure sedap kan.

      Delete
  2. Su,
    Kalau ada rezeki.. simpan je gula byk2.. kalau sungguh la gula bakal naik harga lagi.
    Sebab.. gula is antara barang yg takda tarikh luput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer kak sham.. betul sangat. Sebab tk der tarikh luput, buleh simpan banyak dan lama. Tapi kena dalam balang besar bertutup rapat, semut tu, kekdg bleh jer dia korek plastik gula tu, masuk dalam. Hehe...

      Delete
    2. Selain gula..
      Madu & garam pun brg yg xda tarikh luput.

      Beras pun.. cuma takut hancur makan dek ulat yg itam2 tu je la..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...