Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum...
Orang kata, redha itu ikhlas, pasrah itu berserah. Tapi pada aku, antara redha dengan pasrah, orang yang melihat tidak dapat membezakan. Hanya orang yang merasa, tahu bahawa mereka redha ataupun berserah. Pasrah lama-lama boleh jadi redha, tapi redha tetap redha.
Aku ambil masa bertahun juga untuk pasrah, pada kehidupan sekarang. Redha, aku sendiri tidak pasti. Ianya tenggelam timbul aku rasa. Bila dipujuk hati sendiri, aku jadi redha dan bersyukur. Bila dugaan mendatangi, aku jadi pasrah dan berserah.
Ayat pujuk hati aku mudah, 'tak semua orang berpeluang berbakti dan menggembirakan ibu bapa' atau 'tak semua orang diberi hak sepenuhnya mengutip pahala dengan membesarkan seorang anak perempuan'. Semoga Tuhan mengambilkira atas segala yang aku lakukan untuk menyenangkan hati mereka, dari sekecil-kecil perkara.
Cuma aku manusia biasa, kadang-kadang hati aku menjerit juga.
jom khwain laaaa
ReplyDelete