Iklan

Jan 20, 2014

My Version - Tom Yam Pok Tek

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Dah agak lama rasanya tidak berkongsi resepi di sini. Kali ini aku nak berkongsi resepi Tom Yam Pok Teh Tek, yang aku pandai-pandai reka sendiri setelah dua kali makan Tom Yam Pok Tek yang sangat sedap dari restoran Adeq Su Ikan Bakar. Adik ipar aku cakap restoran tu kepunyaan Hairuddin Omar, pemain bola sepak terengganu atau bekas pemain, aku tak pasti sangat la. Aku bukannya kenal pemain-pemain bola yang tak ada kontroversi ni. Hahahaha.... Err, sebenarnya aku tak berapa minat bola sepak ni, jangan ambil hati yer. Kebetulan kawan-kawan adik ipar aku selalu lepak situ, tu yang dia tahu restoran tu. Padahal aku yang hampir setiap hari lalu kut depan restoran tu (semenjak menjadi driver tak bergaji), tak kisah pun kedai yang berbumbungkan atap stail 'bali thatch roofing' yang lengang tu. (baru tahu nama untuk stail gitu sebab baru ajer menyiapkan sebuah tender document bagi projek yang ada gazebo dengan 'bali thatch roofing').

Rupanya restoran tu dibuka mulai jam 6 petang, juga menjadi tempat lepak ramai pemain bola sepak, selain juga merupakan antara tempat lepak Ustaz Azhar Idrus. Malam-malam restoran tu memang penuh la.

Kali kedua aku makan tom yam yang sedap itu, aku tilik satu persatu apa yang ada kat dalam tom yam tu. Kononnya nak buat sendiri nanti. Terfikir juga mesti ada resepi tu kat internet. Boleh cari jer nanti. Tapi tup tup bila mak tanya nak masak apa dengan ikan tenggiri hari jumaat lepas, aku terus terfikir nak masak tom yam. Tak sempat cari resepi dah, main hentam dan campak jer apa yang ada.

TOM YAM POK TEK

Halia & lengkuas- agak-agak la banyak mana nak buat tomyam tu kan - ditumbuk halus

Bawang besar sebiji - di hiris. Sebaiknya bawang holland, tapi kalau tak ada, hentam jer la dengan bawang besar india tu.
Bawang putih - 3-4 ulas, diketuk sedikit.
Cili padi - sebanyak yang anda mampu, diketuk.
Serai - 3 batang, diketuk-ketuk
Asam keping - sekeping cukup
Kuib tom yam Knorr - 2 ketul
Tomato - dipotong kiub
Kobis bunga - dipotong
Carrot - di potong
Cendawan butang - di hiris nipis
Ikan tenggiri - di potong kuib
Udang
Ketam /Lala/Sotong (sekirannya ada, aku tak letak sebab tak ada semua tu dalam peti ais)
Air
Santan atau susu cair ( aku guna santan lebih kurang secawan)
Daun ketumbar (pun tak letak sebab tak ada)
Daun limau purut
Garam / gula secukup rasa.

Tu jer rasanya yang aku bubuh. Aku terfikir juga nak tumbuk buat tomato tu, supaya warnanya lebih merah, tapi kebetulan tomato yang ada kurang merahnya. Maka aku potong-potong gitu ajer. Tomato puri lak tak der. Caranya mudah saja, tuang air dalam periuk, masukkan santan dan kemudian masukkan semua yang ditumbuk/diketuk termasuk kiub tom yam. Carrot dimasukkan dahulu sebab dia lambat masak. Agak-agak dah boleh masukkan yang lain, campak-campakkan ajer semua yang lain tu. Akhiri dengan asam keping, daun limau purut / ketumbar, jangan dilupakan garam dan gula secukup rasa.



Inilah hasilnya!

Aku tak pernah masak tom yam yang letak santan ni. Bimbang juga masa memasak ni, takut tetiba nak buat tom yam tapi hasilnya gulai. Hahaha.. Tapi, alhamdulillah. Memang sedap walaupun tak sesedap yang di restoran punya sebab tak ada sotong, lala dan ketam yang menambah rasa manis seafood. Kuahnya habis dulu sebab sedap dihirup. Hehe..

Selamat mencuba.


Jan 16, 2014

Khamis? Yeayyyy....!!!!




Dance like nobody's watching
Love like you've never been hurt
Sing like nobody's listening
Live like it's heaven on earth

ENJOY LIFE
Don't take yourself so serious

Jan 15, 2014

Jika Diberi Pilihan

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekali lagi, aku pernah berbicara dengan emak, sambil emak elok bersila di depan aku, dan aku dibelakang mak atas kerusi bulat kecil berwarna hijau atau pink, sedang mencabut uban yang memutih dan pendek-pendek. Uban yang pendek itulah yang memberikan rasa gatal pada kepala emak, sedangkan uban yang panjang, memang tak perlu dibelek-belek lagi. Memutih sahaja, sesuku banyaknya dengan yang hitam barangkali. Kami berbicara tentang pilihan untuk hidup, di zaman sekarang atau di zaman aku kecil-kecil dulu iaitu sekitar akhir 70-an dan awal 80-an. Dan kami sepakat, hidup zaman emak muda dan masih bergaya dengan kebaya pendek itu lebih menenangkan jiwa.


Tentunya bagi aku pula, zaman itu adalah zaman terindah. Zaman kanak-kanak riang yang hidup dalam suasana penuh keseronokan dan keriangan dalam dunia yang sebenar-benarnya. Dari perkara sekecil anak-anak siput bergerak sekawan atas batang pokok getah reput, kepada sebesar-besar batang pokok kelapa yang tumbang, ianya akan menjadi sesuatu yang sangat mengujakan. Bukannya seperti 'kanak-kanak riang' yang terperuk atas sofa menonton cartoon network atau discovery channel, atau bermain-main tembak-tembak di dunia maya. Bukannya seperti Aisya yang tak pernah tengok berudu, tapi kenal Ain Hawani dan Adam Mukhriz a.k.a Adam dan Hawa! Hahahaha...


Mungkin persekitaran dulu lebih 'suci'. Mungkin alam dulu lebih kuat jati diri. Mungkin kita juga dulu-dulu, sangat rapat pergantungan dengan alam. Kerana dulu-dulu, tidak ada komputer yang menghidangkan pelbagai jenis permainan olok-olok, atau telefon pintar, juga. Maka untuk menghiburkan diri, kita menjadi kreatif dengan mereka-reka permainan dengan membabitkan alam sekeliling. Main tembak menggunakan bedil daripada batang buluh dan buah cemerai (kot) atau surat khabar basah digentel-gentel sebesar guli dibuat peluru. Memancing guna joran batang buluh atau kayu panjang, diikat tali tangsi dengan mata kail di hujung, korek tanah cari cacing tanpa sedikitpun rasa geli atau memukul 'tik liung' (dragonfly) dengan reba-reba kayu, untuk dibuat umpan. Berlari-lari atas batas sawah, dengan sebelah tangan menarik tali yang disatu hujungnya terikat layang-layang kertas suratkhabar, dan sesekali membuat serunai dengan batang padi. Sekarang aku sendiri dah lupa banyak perkara, apatah lagi kemahiran.


Bila difikir-fikirkan, diakhir zaman ni, banyak hal jadi terbalik. Apa yang aku maksudkan ialah terbalik dari fitrah yang Tuhan telah jadikan sebagai asas. Paling jelas, banyak dalam sesebuah keluarga zaman sekarang, yang mencari rezeki adalah perempuan. Malah menantu pilihan adalah perempuan yang berkerja! Untuk siapa? Untuk anak lelaki yang mungkin menagih dadah dan bekerja semata-mata nak membeli 'benda' itu, atau yang mungkin kerjanya tidak menentu dan lebih banyak tidur dari bekerja. Lebih teruk, ada ibubapa nampaknya lebih mementingkan anak perempuan belajar tinggi-tinggi, tinggal di asrama dan anak lelaki dibiarkan menjadi mat rempit! Sungguh.... aku tak boleh terima semua ini. Dunia telah terbalik secara total!


 

Jan 14, 2014

The End of One Thing is The Beginning of Another Chapter

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Itu ayat memujuk namanya. Atau boleh juga dikatakan ayat motivasi. Penamat akan sesuatu adalah permulaan kepada sesuatu yang lain. Tapi itu kebenaran dan jarang orang sedar. Maka penamat hujung tahun 2013 yang lepas sebenarnya adalah suatu permulaan bagi tahun 2014.



Pertama yang aku harapkan awal tahun ini, hari cerah, langit biru dengan tompok-tompok awan. Ya, aku berharapkan sesuatu yang aku dah tahu, agak mustahil. Awal tahun begini, sebelum Tahun Baru Cina, seperti dulu-dulu, ianya musim berangin kencing hingga kadangkala boleh mencabutkan atap rumah dan ombak besar-besar menakutkan untuk turun ke pantai. Ianya juga musim pokok padi sedang berputik hendak berbuah, subur menghijau dan beralun macam ombak bila ditiup angin. Musim budak-budak turun ke bendang mengail ikan puyu dengan batang kayu atau buluh diikat tali tangsi dan mata kail di hujungnya. Atau sesekali mengendap ikan laga di bawah tompok buih-buih halus putih. Itu semua aku buat dulu-dulu masa kecil. Tapi, benar ianya agak mustahil. Sehingga hari ini, hampir setiap hari mendung kelabu, yang aku rasa dah hampir 3 bulan begini. Rindunya langit biru!

   
Keduanya, aku nak fokus lebih kepada anakanda tunggal kesayangan, sebab tahun ni dia akan berhadapan dengan peperiksaan UPSR. Aku, tak pasal-pasal, sejak awal lagi dah risau. Tapi kawan aku yang anak sudah sederet kata, tak perlu risau sangat... baru UPSR jer pun, nanti ada lagi yang perlukan kerisauan lebih, PMR dan paling perlukan bukan setakat kerisauan, ialah SPM. Oh.. betul tu. Aku chill sekejap, kemudian risau balik. Hahaha...Aku dah jumpa kelas tusyen yang dibuka dihujung minggu, maka aku mulai kena korbankan masa rehat aku dirumah pada waktu malam untuk malam jumaat dan ahad, mencari tempat rehat baru, dimasjid misalnya sementara menunggu dia habis kelas. Hari jumaat tusyen dari pagi sampai tengahari untuk dua subjek. Kemudiannya, aku rasa tak selesa tak dapat memanggil dia, macam biasa, untuk menyuruh dia belajar, sebab aku tak nak push dia sangat. Hahaha... 'Ok, baru minggu pertama, kataku dalam hati sambil tarik nafas panjang-panjang'.



Aku try to take my life more seriously, but then again, i failed. I think being serious all the time, just lead to a more stress life.


Aku nak lebih berjimat, dari segala segi, insyaallah. Jimat elektrik, of course sebab tarif elektrik kan dah naik. Caranya, rajinkan diri gosok baju sekaligus untuk seminggu termasuk baju-baju sekolah anakanda. Pastikan lampu dan kipas ditutup apabila keluar dari bilik, tv ditutup apabila tiada orang tonton, masak air dengan dapur gas bukannya dengan electric kettle. Kebetulan sungguh electric jug kettle yang biasa digunakan untuk masak air pagi-pagi dah pecah! Dan kelas tusyen anakanda adalah sabtu malam ahad, di mana automatically ianya memaksa aku menggosok pakaian di waktu siang di hari sabtu. Jimat duit, dengan membawa bekal atau beli makanan pagi yang boleh dimakan hingga ke petang. Kebetulan juga anakanda mulai meminta disediakan bekal ke sekolah kerana tender kantin dah bertukar orang, layanan lembap dan makanan tidak sedap! Maka dah hampir dua minggulah aku berketung-ketang di awal pagi membuat bekal untuk dia, sekaligus untuk diri sendiri. Manakala kalau membeli makanan pagi yang sekarang gerainya ada di mana-mana dengan bermacam-macam jenis makanan, rm6 dah boleh tiga jenis makanan!


Ada beberapa perancangan lagi yang sedang aku tinjau-tinjau, tilik-tilik, dan selidiki yang terbaik. Walaupun awal tahun ini dari segi kewangan aku rasa kurang memberangsangkan, positif mesti la kan. Lagipun aku yakin dengan rezeki dari Tuhan.


Oh ya, hari ini aku terlepas cerita pasal kangkung-kangkung tu semua. Sebab aku meeting sepanjang hari di Paka. Tapi malam ni bila buka facebook, aku dapat idea lak. Esok nak buat nasi lemak, dengan celur kangkung. Lama tak jumpa nasi lemak kangkung ni. Kangkung? Kat belakang dapur, bersepah tumbuhnya!



Jan 9, 2014

Jaga Diri - Rutin Yang Merosakkan Diri Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim

Aku selalu terfikir, dalam sehari, banyak mana aku bergerak, dan banyak mana aku duduk. Sebab, aku rasa duduk dan tak berapa bergerak ni, adalah tidak elok untuk kesihatan. Dan kemudian aku terfikir lagi, sambil memandu ke pejabat, banyak betul benda yang menjadi rutin yang sebenarnya tidak elok untuk kita. Mari kita check it out!

Gambar tak ada kaitan... :P

1. Duduk di kerusi pejabat lama-lama..
Kerja office hour cam aku ni, banyak duduk mengadap komputer. Boleh dikatakan semua tugas aku, semuanya melibatkan komputer. Kalau dah mengadap komputer tu, takkan la sambil berdiri kan. Maka duduk la aku tercongok kat kerusi, dari pagi sampai petang. Bangun sekejap-sekejap pun sekejap sangat. Nature calls sesekali, mengadap boss jarang-jarang. Lagi teruk kalau ada makcik tukang buat air, cam pejabat lama aku kat KL dulu. Langsung tak ke pantri la jawabnya. Cawan yang dah habis, makcik tu juga la yang kutip dan cuci.

Duduk lama-lama ni, boleh menyebabkan punggung jadi kembang, especially perempuan yang dah atau pernah bersalin. Ha... bila dah berumur, 35 ke atas ke, baru perasan. Awal-awal memang tak sedar. Selain tu, mudah kena buasir. Kawan aku dulu, begitu la doktor cakap kat dia bila dia kena buasir. Banyak berjalan atau bergerak ni bagus sebenarnya, otot-otot bergerak dan tak mudah sakit-sakit.

2. Mengadap komputer lelama.
Ha.. ini lagi teruk. Kalau dah duduk di kerusi lelama kat pejabat tu, mungkin mengadap komputer la kerjanya kan. Kerja aku, memang banyak guna komputer la. Lagipun zaman sekarang, tulis surat sehelai pun mana ada orang tulis dengan taip. Ya, menaip pun guna tangan juga. Hihi.. Kalau dulu, buat taking off dan mengadap drawing size A1 boleh la tak mengadap komputer. Tapi sekarang, aku tak buat dah kerja-kerja taking off ni. Hahaha.. Jarang sangat. Hinggakan sekarang ni, mengadap drawing pun kat komputer sahaja sebab arkitek atau engineer hantar drawing through skype dalam bentuk PDF.

Antara sebab migrain ialah mengadap komputer dalam tempoh yang lama. Power spekmata cepat naik, tak usah cakap la kan. Cuma aku bernasib baik sikit sebab mengikut kata optometrist yang aku jumpa, pada peringkat umur tertentu, power rabun jauh akan berhenti dengan sendiri. Dan ianya berlaku awal pada aku, iaitu sekitar 15 tahun lepas, power spekmata aku setakat 300 sahaja.

Dan nasihat optometrist tu yang aku rasakan boleh dikongsikan dan diamalkan bersama, setiap 10 minit mengadap monitor, pandang sesuatu yang jauh untuk lima minit. Lagi baik, sesuatu yang hijau, rerumput misalnya.


3. Makan minum secara tidak menentu
Yang ini aku pasti ramai yang buat. Hampir jadi rutin bagi sesetengah orang tidak menghiraukan sangat waktu makan ni. Lebih-lebih lagi seorang yang sentiasa banyak kerja, terkejar ke sana ke mari. Lunch tak berapa nak hirau, breakfast mana yang sempat ajer, dinner mungkin tak sebab kenyang makan late lunch jam 4 petang. Umur muda, mungkin tak nampak sangat lagi kesannya. Tapi bila menjenguk usia yang boleh digelar veteran, baru tahu betapa penting makan minum yang teratur. 


4. Menggunakan kalkulator untuk setiap perkara melibatkan pengiraan
Ha.. yang ni merujuk kepada orang yang kerja cam aku jer. Ramai dah kawan-kawan aku, yang sama profession, aku tengok lembap bab pengiraan bila tak ada kalkulator ni. Ye la, sepanjang masa kerja jari jemari tu laju jer duk tekan kalkulator. Hinggakan kekadang empat darab lima pun nak kena tekan kalkulator. Bukan tak boleh congak, tapi sebab terbiasa. Aku dah biasa dah kena perli dek arkitek atau engineer bila diaorang tanya apa-apa kat site meeting. Hahahaha....


4. Penggunaan handphone atau smartphone ni pun sebenarnya. :(
Nak telefon orang, cari je nombor orang tu kat handphone. Bila orang minta no. telefon seseorang, terus belek handphone. Padahal dulu-dulu, no. telefon ni, hafal kat mulut jer. Mudah sangat diingat. Aku la tu. Aku memang seorang yang sangat mudah ingat no. telefon orang, atau no. plat kereta orang, atau apa-apa nombor la. Dulu. Dulu la tu. Banyak guna otak dulu aku rasa. Sekarang, hampeh belaka. Kekadang no. telefon diri sendiri pun tak ingat!

Banyak lagi rutin yang merosakkan aku rasa. Tapi aku senaraikan apa yang berkaitan dengan aku sahaja. Biasakan mandi dengan air panas, juga merosakkan diri sendiri sebenarnya. Kulit cepat kering. Aku tak buat tu. Aku, sejak kecil mandi air sejuk telaga sahaja. Jadi dah dewasa ni, nak takut apa pada air sejuk. Tapi kalau musim hujan, dan air paip rasa macam air batu, aku takut la juga. Hahahaha....

2014, my resolution adalah nak mengubah rutin-rutin yang tak sihat ni, menjadi sesuatu yang lebih sihat. Jaga kesihatan sebelum terlambat. Prevent is better than cure, kan. 

Jan 7, 2014

Harga tudung mahal sangat, tak padan dengan baju!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...


Kekadang, saya tak faham dengan harga tudung atau shawl zaman sekarang.
Orang Teganu kata, mahal ge bedil! Err.. orang Teganu golongan marhaen cam saya ni jer la kot.. hehe...
Agaknya sebab itulah wang hantaran atau mas kahwin zaman sekarang mahal-mahal.

Kalau dulu, orang kata maintenance orang perempuan mahal, di mana ikut pemahaman saya ianya dikira dari segi bagaimana perempuan jaga muka dan tubuh badan.
Tapi sekarang, pakaian harian pun, dari kepala ke kaki.. fuhhh!
Tudung/shawl kita letak la rm70. Baju ekor ikan (fishtail) yang saya tak faham kenapa orang panggil fishtail untuk hi-lo dress, complete with kain kembang atau seluar, atau baju maxi labuh macam jubah tu, paling-paling murah pun rm80. Oh... inner neck, katakan rm50.
Jumlah semua dah rm200. Belum termasuk pakaian dalam semua, dan kasut beg bagai, kan.

Harian jer tu!!


Yang saya tak fahamnya, inner neck yang pakai kat dalam shawl atau tudung tu pun dah rm50. Ya, saya baru tengok harga kat satu website jual tudung, rm49 harganya. Shawl yang hanya dipotong lurus atau sedikit membulat di kedua-dua hujung, dengan jahitan lurus di satu belah, dan sebelah lagi dikelim sahaja, dah rm60! Kekadang boleh pergi ke rm80! Betul la kainnya berkualiti tinggi, tapi kalau potongnya mudah sahaja, jahitnya sedikit sahaja, kat celah mana la boleh pergi hingga 70-80 tu.

Baju kurung kain kapas yang cantik, boleh cari kat Jalan TAR dengan harga rm40-45 sepasang, campur dengan upah tukang jahit kalau kat tempat biasa tempah, baru rm30. Belanja untuk sepasang baju, baru rm70 ke rm80 sepasang. Dipadankan dengan tudung dan anak tudung, berharga rm100. Rasa sesuaikah? Padahal tudung tu, sedikit jer kat atas kepala, baju tu yang banyak kainnya nak tutup seluruh tubuh. Logikkah?


Tak boleh diterima akal pada saya yang selalu letak limit harga pada setiap bahagian pakaian. Anak tudung, rm10 jer, tudung syria atau shawl saya mesti tidak lebih dari rm40. Blouse adalah mahal sekiranya more than rm50 and for dress, it must be plus minus rm80 jer.

Ya, ramai orang akan berkata, 'kualiti la yang menentukan harga'. Betul la tu, but for a certain type of cloth jer boleh tengok dari segi kualiti ni. Kekadang kualiti sama jer, tapi harga beza nak mampus.

Sebagai contoh, baju maxi labuh ala jubah yang saya beli kat Vietnam last year. Harganya rm45 sahaja. Adik beli fesyen yang sama di KL, harganya rm80. Itupun dah murah rm80 sebab dia beli dipasar tani kat bawah pejabat dia. Kalau kat butik, boleh pergi hingga rm150 hingga rm200. Macamana saya tahu? Sebab masa di Vietnam beli baju tu, saya sempat beramah mesra dengan seorang pengusaha butik dari Kota Bharu. Katanya, baju tu di butik dia dijual rm170. Kalau ditempah di KL, upahnya tak kurang rm70 sepasang. Sedangkan di sana (vietnam), dia tempah baju tu dengan harga rm12 sahaja sepasang.Setakat ini, saya tak jumpa lagi kat mana kurangnya baju yang saya beli kat vietnam tu.

Oh, tak perlu la nak campur-campur dengan harga tiket kapal terbang, makan minum dan tempat tinggal bagai kat mana-mana kita dapatkan kain tu. Kalau dah berniaga, sah-sah la beli banyak-banyak, kan.


Okay, itu sahaja bebelan saya untuk hari ini.
Yang benar,
Warga desa yang tengah mengarut sebab tension esok lusa dan next week ada meeting berderet-deret.

Jan 6, 2014

Jamuan Pulut Kuning dengan Rendang Ayam

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Sudah lama sebenarnya berniat nak buat sedikit acara makan-makan, lengkap dengan tahlil atau doa selamat. Tetapi, rancangan asyik bertangguh kerana bila jumpa masa yang sesuai, ianya bertembung pula dengan kenduri kendara jiran tetangga yang dekat-dekat. Anakanda juga sudah lama meminta di buat majlis hari jadinya, dengan niat nak menjemput kawan-kawan sekolah yang sedang menuju remaja dan sudah pandai berjalan-jalan ke rumah kawan-kawan.

Awalnya saya merancang hendak membuat jamuan hari jadi sahaja, dengan menjemput kawan-kawan sekolah anakanda. Kemudiannya timbul idea nak buat sedikit doa selamat, yang sudah lama asyik bertangguh. Bincang punya bincang, keputusannya jamuan di rumah untuk saudara mara dan kawan-kawan Aisya, tapi doa selamat dan sembahyang hajat dibuat disurau, selepas isyak. Kita hanya merancang bagaimanapun, yang menentukan tetap yang di atas sana. Jumaat, hari yang dirancang, ada ceramah oleh ustaz jemputan dari mana tak tahu di masjid terdekat, di mana kiranya begitu, surau akan hampir kosong kerana ramai-ramai orang kampung akan ke masjid tersebut. Kawan-kawan dan saudara-mara dah jemput. Maka jadilah begini, jumaat jamuan di rumah dan sabtu jamuan di surau.

Dua hari berturut-turut saya dan mak bertungkus lumus di dapur. Memasak untuk hampir 40 lebih orang pada hari jumaat dengan menu utama mee hoon goreng, pulut kuning dan rendang. Malam jumaat saya dah bakar 2 biji kek, satu Eggless Choc Cake yang saya kukus sebab oven tidak muat untuk dua loyang dan satu lagi Moist Orange Choc Cake yang pertama kali saya cuba buat. Pagi jumaat, awal-awal lagi saya dah godek tin laici untuk dibuat puding laici dan satu lagi saya reka-reka buat puding oreo.

Sabtu, jam dua baru saya godek kuali besar masakkan rendang ayam untuk sekitar 40 orang juga. 30 Bekas lutsinar bulat diisi pulut kuning dan rendang ayam, dibawa ayah ke surau selepas maghrib, lengkap dengan sekotak besar air mineral. 10 Bekas lagi untuk jiran tetangga yang tidak sempat merasa semalamnya sebab ada yang kebetulan tiada dirumah.


Nampaknya majlis dan acara masak-masak berjalan lancar. Sangat gembira dan boleh buat lagi lainkali.
In Sya Allah. 





Jan 2, 2014

24 Hours a day is not enough..

buat masa sekarang..
hinggakan nak cari masa untuk blog sesekali pun, macam tak sempat juga.
padahal banyaknya benda nak bercerita.

well...
tengah merancang masa sekarang,
for anakanda especially
she's in standard six this year
she's eleven yesterday

and tomorrow
i want to make sedikit majlis makan-makan
small small only
hehe...


nanti cerita..
bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...