Assalamualaikum...
dan, ianya adalah lutut kanan aku!
Cerita ini ada sejarahnya yang tersendiri. Sejarah yang tertulis pada tahun 1991, ketika aku baru belajar untuk tinggal di asrama. Alkisahnya, ketika itu aku sedang mengambil wuduk di kolah mandi. Kolah kecil di sudut bilik air itu memang menjadi tumpuan apabila tiba waktu solat sebab tempat lain penuh. Tahu-tahu sahajalah bagaimana kehidupan di asrama. Semuanya perlu berebut dan hendak cepat.
Ketika aku mengangkat kaki kiri untuk dibasuh, tiba-tiba lutut kanan aku sakit sangat menyebabkan aku tidak dapat berdiri. Ya, aku masih ingat aku menjerit meminta tolong, dan petang tu juga warden menghantar aku pulang ke rumah. Seminggu sahaja aku tinggal di asrama itu. Seminggu aku dirumah, tidak ke sekolah dan tidak dapat berjalan. Dan selepas seminggu aku cuba berjalan menggunakan penyapu sebagai tongkat. Aku ingat lagi, yang tolong aku berlatih berjalan masa tu adalah abang aku.
Beberapa tahun kemudian, aku masih ingat ada beberapa kali lutut aku mengalami masalah begitu. Lutut yang sama. Ketika aku di matrikulasi. Ketika aku di tahun berapa di Minden. Ketika aku mula berkerja di kl dan terengganu. Bagaimanapun seingat aku, sejak ada Aisya lutut aku tidak lagi memberi masalah besar. Cuma aku perasan, lutut aku agak longgar. Malah aku juga sering terasa seolah-olah lutut aku akan terkeluar dari sarangnya, menyebabkan aku selalu berhati-hati bila Aisya baring dekat-dekat dengan aku.
Cuti sekolah yang lepas, abang aku balik bercuti dengan isteri dan anak dia. Biasalah, rumah pastinya akan menjadi sedikit penuh. Ada suatu ketika tu, waktu maghrib, aku lepak atas katil dalam bilik aku dengan anak saudara aku. Aku baring sambil baca buku cerita. Budak kecil yang manja dengan aku itu, baring sebelah aku. Abang aku tumpang sembahyang maghrib dalam bilik aku. Entah masa bila atau macamana, tiba-tiba lutut aku sakit sangat. Aku rasa tempurung lutut aku dah terkeluar dari tempatnya. Kaki kanan aku langsung tidak dapat digerakkan. Sakitnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hinggakan nak menjeritpun suara tak keluar! Aku syak budak kecil tu dah tersepak sedikit lutut aku dan kena pula dengan kedudukan yang sangat tepat. Sebabnya aku ingat lagi dia menggelepar sikit masa tu, ada la tu apa yang dia nak aku tak layan.
Aku kumpul suara juga la nak panggil mak aku. Abang aku pula belum selesai solat masa tu. Budak kecil tu dah menangis dah tengok aku sakit. Mak aku datang dan cuba betulkan kaki aku sebab nak tengok kan. Tapi aku dah menjerit-jerit supaya jangan pegang, jangan gerakkan. Mak aku panik dah masa tu. Kemudian abang aku sudah solat. Dalam aku duk mengerang sakit, sambil cuba tak bagi sesiapa pegang kaki aku, abang aku suruh aku tahan sakit sekejap. Entah macam mana dia buat, sakit yang amat itu, hilang sekelip mata. Tapi air mata masih merambu-rambu keluar. Hahahaha....
Abang aku cuma tolak semula lutut aku masuk ke tempat asalnya. Memang masa tu aku menjerit kuat gila, tapi sekejap sahaja. Sepertinya jeritan aku tak habis pun. Macam tengok cd filem, tengah-tengah duk hebat gila, tup tup cd tersekat. Gitu la. Hahahaha...
Lepas tu, aku cerita la kat mak dan abang aku tu macamana boleh tiba-tiba jadi gitu, diiringi air mata yang tak habis lagi. Hahahaha....
Aku rasa lutut aku jadi begini la malam tu. (Sumber) |
Sekarang, aku dalam proses menjadikan mereka-mereka ini sahabat akrab aku...
knee guard dan senaman kuatkan lutut!
hahahah...
Wuih....ngeri aku tgk...
ReplyDeleteKena berubat. Muda2 dah gini...takut dah berumur nanti tambah teruk nak berjalan...
Hahahaha... ni yg kena jaga betul2 ni.. tp benda2 gini berlaku kalau memg pernah terkehel jer. kalu yg tk pernh, tk la kot.
DeleteWohoooo..
ReplyDeleteSakitnya.. K.Sham pulak yg rasa ngilu bila tgk gambar yg mcm tu.
P/s;
Tuan badan.. take care ya.. jangan melasak sangat.. nnt dah umur mcm K.Sham ni.. aduhaiiiii..
Sakit tk terkata tk terjerit tk ternangis k.sham... haa, tak tahu nk ckp camner.
DeleteIn sya allah, akan dijaga betul2. tak sanggup kena lagi.