Iklan

Apr 30, 2014

Menjahit, hobi yang menguntungkan, tapi...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...



Aku dan menjahit, jarang bersama. Kami seperti tidak sesuai berdua-duaan. Tapi sesekali bersama, kami agak ngam la jugak. Aku pernah belajar tikam leher baju kurung jenis mata lalat tu, dengan Mak Teh jiran depan rumah yang kerjanya mengambil upah menjahit. Lepas tu kononnya nak belajar pula tikam leher tulang belut, tapi sampai ke sudah aku tak belajar. Masa mula-mula pandai tikam leher jenis mata lalat tu, habis semua baju kurung termasuk baju melayu teluk belanga adik aku, aku kerjakan. Tapi sekarang bila dah lama tak buat, aku dah lupa macamana caranya. Haishh...


Perhubungan aku dan menjahit, lebih kepada hangat-hangat tahi ayam. Masa bersemangat menjahit manik, macam-macam jenis dan warna aku beli manik. Habis baju Aisya pula aku kerjakan. Idea.. aku rasa, dalam diri aku ada sedikit darah orang kreatif yang pandai mereka. Tapi sekarang, manik-manik yang cantik-cantik itu, dah lama terperam dalam laci. Haishh...


Walaupun aku dan menjahit jarang bersama dan selalu semangatnya sesuam tahi ayam, kami jarang berpisah lama dan jauh. Dua tahun lepas, untuk baju raya Aisya, aku gunting sendiri baju kurung pesak gantung dia. Menjahit, aku serahkan pada yang lebih pakar, mak aku. Tahun lepas pula, semangat menjahit agak jauh. Baju raya, semuanya aku beli yang dah siap. Tapi tahun ini, selepas rasa agak down dengan hasil tukang jahit yang selalu aku upah buat baju aku (dah beberapa kali aku merajuk dengan dia!), semangat untuk buat sendiri baju raya kembali berkobar-kobar. Semangat itu datang selepas aku dengan jayanya menggunting (memotong) baju aku yang berkain cotton lycra yang lembik itu. Baju itu asalnya aku tempah dengan tukang jahit itu siap dengan baju contoh lagi. Hasilnya, tak seperti yang aku bayangkan. Labuh boleh dibuat sapu tahi ayam! (tahi ayam lagi!)


Sebenarnya aku sangat berharap perhubungan aku dengan menjahit ini akan lebih berjaya kali ini. Malah aku juga beria-ria nak membeli mesin jahit baru. Tapi bila aku tengok elok jer hasil yang mak buat atas baju cotton lycra lembik itu dengan mesin jahit singer mak yang dah berpuluh tahun tu, maka niat itu aku senyapkan dahulu.

Dengan kamcingnya hubungan aku dengan menjahit, aku yakin sangat, banyak juga duit dapat dijimatkan tu. Dah la aku ni jenis tempah baju tak kira musim. Haishh..


Banyak nak kena perbaiki diri ni.



6 comments:

  1. Payah nak cari wanita bekerjaya tapi masih ada waktu utk menjahit...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sebenar-benarnya.. tp aku geram sgt bila tukang jahit yg aku upah tu, merosakkan baju aku! tu yg berkobar2 kejap ni..

      Delete
  2. Takpe...masih ada masa lg sblm datang Syawal....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. fighting... hahahah... ada 3 buln lg lebih kurang ni...

      Delete
  3. salam. lama tak ke sini. berubah ruperr dah.!

    .ok. selamat berhubungan baik dengan menjahit...

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... ni pun ingt nk buat surgery lg ni.. hahaha...

      terima kasih!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...